Tuesday, August 26, 2008

Yang hidup mahu mati,yang nak mati mahu hidup..

~Bismillahirahmanirahim~

Allah 'Azza waJalla' berfirman:
Setiap yg bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah sebagai ketetapan yang telah di tentukan waktu...(AL-Imran- ayat145).

Aku selalu ingatkan diri aku supaya selalu bersabar.bersabar dengan apa jua yang menimpaku yang mendatangiku terutamanya bila di landa masalah.Samada masalah kerja,peribadi atau melibatkan orang lain aku letakkan itu sebagi dugaan dan ujian dari Allah.Selagi kita bergelar manusia selagi itu kita kan diuji.Terutama bila diuji dengan kesakitan..ye sakit yg pelbagai samada yang terkena penyakit semulajadi atau yang sememangnya mencari penyakit...Kita manusia tidak pernah puas merungut,merintih dan mengadu damba.Dan untuk aku sendiri, kesakitan yang ada yang aku tanggung sekarang lebih menyedarkan aku,menginsafkan aku betapa bernilai nya nyawa ini.Syukur aku pada mu Tuhan yang masih memberi aku nafas,masih memberi peluang untuk aku membuka mata melihat keindahan alam ini dan wajah2 yang aku sayangi di sekelilingku dan terutama masih memberikan aku tenaga untuk bergerak kesana kemari biarpun terhad,masih meminjamkan akal ini untuk aku untuk berfikir mana baik mana tidak biarpun aku selalu sengal dan blurr...

Bagaimana perasaan orang2 yang di uji Allah dengan rasa tahu sedang menghadapi detik2 terakhir kehidupan mereka, bagaimana rasa mereka itu? samada yang sudah tahu hayatnya tinggal samada 14 bulan lagi,14 hari atau14 minggu or 14 jam lagi atau mungkin 14 minit lagi.. hmm ini banyak berlaku, tak percaya? pergi katil-katil hospital,lihat dan tanya sendiri pada pesakit2 yang sedang bertarung nyawa melawan kesakitan mereka terutama yang menghidapi penyakit kronik sepeti kanser, luekimia, jantung berlubang dll..Pengalaman aku menjaga mereka yang luekimia dan SLE dan yang sedang koma,juga diri sendiri memang boleh buat kita stress tapi kita kena ingat jua doktor bukan Tuhan,tapi mereka juga bercakap berdasarkan pengalaman dan kemahiran mereka,bukan suka2 hati nak beritahu pesakit dan keluarga mereka.Bukan suka2 hati nak buat kita susah hati tapi kalau kita positif mereka ini sebetulnya mahu kita bersedia dengan hati yang terbuka,positif dalam kehidupan. Itulah yang aku nak katakan disini bagaimana bezanya orang yg dah tahu bila ajalnya bertarung nyawa melawan kesakitan,memohon memanjatkan doa muga Allah panjangkan usia nya sedang kan ada pihak dan orang tertentu berputus asa untuk terus hidup,sudah tidak tahu apa makna hidupnya..'mati lagi senang..' itu biasa keluar dari mulut insan yang sudah berputus asa dengan ujian Allah terutama yang sedang putus cinta yang mana dunianya semacam dah gelap kerana di terpisah dengan yg tercinta,orang yang sepi ,orang yang di kritik,orang sedang di malukan dengan fitnah atau orang sedang diuji denga kemiskinan harta dan wang ringgit.Ada yang nak bunuh diri,siksa diri terjun bangunan,minum racun dn segala macam.Pengalaman aku sendiri semasa berada di jepun,seorang kawan bunuh diri dengan terjun bangunan hanya kerana putus cinta.hmm sedihkan..bagaimana perasaan kecewa boleh merosakkan diri kita.Itu belum lagi kes sengaja menempah maut cam mat rempit,lumba motor haram dan segala yang haram.So, mana lebih baik utk kita manusia berputus asa dengan dugaan Allah atau terus mati dengan perasaan yang sayu dan layu.

Dan ketika ini,saat ini aku tekad untuk kuat kan diri aku demi untuk mereka2 yang aku sayangi,kalau Tuhan pendekkan umurku aku sentiasa panjatkan doa pada Nya muga diberi aku nyawa lagi demi untuk aku dapat menabur bakti dan sokongan buat mereka yang memerlukan.Buat kakak aku, mummy redhalah menerima dugaan ini jangan putus asa,Apa yang Tuhan beri ini hanya menguji kesabaran kita.Tunduk dan pasrah dengan apa yang di datang ini bukan makna kita harus rebah atau bersedih namun sekurang-kurangnya Allah memberi peringatan pada kita yang kekadang leka gan hal2 dunia untuk mengingati bahawa dunia ini hanya pinjaman.Kita di suruh percaya pada Qada dan Qadar Allah,seperti dalam sebuah buku yang aku baca ada tertulis,

'Qadar Allah pasti akan terjadi,baik pada yang menerima atau menolaknya bezanya pada orang2 yang menerimanya akan mendapat pahala dan kebahagiaan dan sedangkan yang menolaknya akan mendapat dosa dan kesengsaraan.'

Benteng sebuah kekuatan adalah kesabaran kerana kita akan menerima balasan yang positif dari sikap itu.Sabarlah tika di uji.Kita manusia biasa yang lemah sentiasa akan gelisah bila diuji, melayani perasaan kecewa yang merungkai hingga didatangi stress dan tekanan yang tak terhindar.Semua ini akan menambahkan kesengsaraan dalam jiwa mudah mengundang penyakit lain untuk datang,sedangkan dalam agama kita ada berkata yang kesedihan itu datang dari syaitan,kesedihan itu adalah rasa putus asa yang mengerunkan membuat kita terus jatuh dan bila kita ada rasa negatif seperti ini kita akan mulai rasa kesakitan di dalam diri.Pernah dengar orang berkata penyakit hati berpunca dari kesedihan?Betulkan kata2 itu..?samada jantung,darah tinggi,murung dan penyakit2 lain yang tiba itu semua itu punca dari rasa kegelisahan,kekecewaan,dendam,memberontak, rasa takut yang kita layani.Seorang doktor ada berkata kepada aku perasaan itu semua boleh menghancurkan tubuh kita dan otak kita.Aku setuju itu!Seperti dalam sebuah buku yg aku baca di tulis oleh Dr.Joseph montagno,Dalam bukunya bertajuk 'The problem of nervousness'
'Penyebab abses yang anda deritai bukan berpunca dari makanan yang anda komsumsi,tetapi kerana sesuatu yang memakan diri anda..'

Betulah tak kita nafikan bersedih merosakkan diri,menghancurkan tubuh sendiri.Buangkan rasa sedih dan kecewa itu dengan memikirkan dan memandang kesedihan dan masalah orang lain, lebih besar dari kita.
Tanamkan keyakinan dalam diri bahawa kehidupan ini mesti diteruskan selagi Allah memberi nyawa,biar ini umpama detik2 yang terakhir namun tekadlah untuk memberi yang terbaik, masa untuk kita memperbaharui taubat kita,melakukan amalan yang baik,lebih taat pada perintah Allah.Apatah lagi Ramdahan akan tiba..sama2 kita merebut peluang yang di beri ini untuk membuat pahala,berdoa muga Allah memakbulkan doa kita.InsyaAllah.
Dan kenapa aku bicarakan tentang 'yang hidup mahu mati,yang nak mati nak hidup..' sebab aku mahu kita sama2 fikirkan apa ertinya setiap nafas dan udara yang kita sedut ini..fikirkan lah.jangan ada sifat putus asa utk terus mengapai bahagia hanya kerana satu ujian-never give up!

Ikhlas dari BeLL.

*Dikesempatan ini aku mengucapkan 'selamat menyambut puasa'buat semua kawan2 yang sudi ke blog 'mell n bell' ini.Untuk mell dan azhar yang menyambut puasa di Brisbane selamat berpuasa!,Mell,sabarlah panjang umur tahun depan boleh le berkunjung ke pasar ramadhan.tahun ni sabarlah yerr..!Hmm mell akan sambut besday pada hari raya...yeay!bestkan?mesti tuntut duit raya ni nanti..hehe..
Buat hati yang mati..tahniah kerana hati mu dah berbunga2!cam mgikut musim lak..
Buat mawar cinta n gadis melayu~ c u soon!
Buat Adib n Deebers nanti buka pose sama2 ekk..
Mazz n chot kurangkan 'asap..'selamatkan dunia' hehe..

6 comments:

hatihati said...

Bahagia betul bila hati berbunga nih.... tidur pun senyum..hehehe..

MELL n BELL said...

Syabas!jangan biar bunga terus layu n hati terus mati lagi..

-Bell-

juLieAdS said...

bell,
i akan mintak duit rayer double dr u okie...hehhee....
slmt menunaikan ibadah puasa utk u jgk..

-mell-

MELL n BELL said...

Alahai Mell,tntut duir raya?adoii..
sabo je la...

-bell-

wInda said...

bell..
apa yang ko tulis tentang 'yang hidup mahu mati, yang nak mati mahu hidup' tu memang betul...ako pn pnah lalui pstwa mcm gni...but...mcm bell ckp hidup prlu diteruskan...
now,hari2 ako skg sgt bahagia....
yang lalu biar lah berlalu...huhu...
caiyo! caiyo!
SeLamat BerPuaSa sume...

MELL n BELL said...

Winda..dun give up!alhamdulillah ko dapat smthg dr topik nii.aku tau ko org yg tabah n kuat,ingat Tuhantu tidak kejam!Bahagia itu ada dlmdiri kita winda..im also hepi to be yr fren.TQ fot d comment Winda.
oupos oku dika!

-bell-