'..Seandainya masih ada cinta lagi..
..pintaku semoga kau sedar kesilapanmu...'
Awak,dah berkali saya cakapkan, awak mesti tahu apa yang hati awak mahu,jangan ikutkan feeling tu sangat.Awak mesti kuat dalam apa jua keputusan yang awak buat.Hidup ini kekadang tak lah seindah seperti yang kita inginkan.Dugaan itu mesti ada dan kita mesti kuat menghadapi itu semua.Redha lah dengan apa yang sudah terjadi dan sekarang yang penting awak terus mengorak ke hadapan. jangan pandang belakang.Lirik kat atas sekali tu..boleh menguatkan mengingatkan awak pada kata2 saya ni..InsyaAllah.
Awak,saya ni bukanlah pencinta terhebat,semudah-mudahnya mengatur ayat seperti yang orang lain kata.Saya juga bukan doktor cinta untuk merawat pesakit cinta yang kronik atau tahap gaban membantu orang lain yang down.Walaupun saya di gelar 'Superman'. Jangan samakan saya dengan orang yg kononnya pandai dalam merawat kes2 cinta ini..eek!Saya nasihatkan awak ini sebab saya memang sayang awak dan kawan2 saya yang sewaktu dengan nya tu..bukan nak membebel tak tentu pasal kat awak.Saya simpati dengan orang2 yang down hanya kerana cinta.Saya pun manusia biasa awak, ada hati dan perasaan pernah jatuh cinta, terluka diluka, kecewa dan segala macam rasa manis,lemak berkrim, pahit,masam manis dalam cinta.Pernah sepi dan rasa rindu ,pernah kehilangan,pernah di tinggalkan,pernah sayu dan layu cam 'sayur dalam periuk' cam awak lah.Hmm tu ayat kelakar awak yang saya akan ingat sampai bila2 hahaha...
Saya kan pernah kata pada awak,memang payah untuk lupakan sesuatu terutama melupakan orang yang pernah kita sayang,yang pernah singgah di hati kita.Untuk itu,Kita mesti kuat,kita mesti berubah untuk mendapatkan yang lebih baik atau terbaik.Tapi sebelum mendapatkan yang terbaik itu kita mestilah buat yang terbaik pada orang lain dulu.Awak ingat kata2 saya tu kan?Awak kata rasa nak nangis bila saya kata begitu.Adoiii..saya bukan nak awak nangis tapi saya nak awak sedar dengan apa yang awak buat.Awak bimbang kalau2 X awak datang dan boleh membuat hati awak berubah semula untuk menerimanya.Awak oiii..kan saya kata..hati awak tu yang mesti kuat bukan orang lain.Biarlah datang godaan yang camne hebat pun kalau awak pegang pada janji dan tahu kemahuan awak semua tu tak jalan awak.Awak,kan dah ada kekasih sekarang..awak jangan samakan atau bandingkan X awak dengan kekasih awak tu.Mana boleh sama wak!!Terima dia seadanya dia sebagaimana awak mahu dia menerima awak.Saya pun menerima awak seadanya awak,walaupun saya tahu awak tak suka sangat saya membebel.Dan awak tak suka sangat saya sedey-seday kan?hmm ..sebab tu saya terus membebel hehe..Apapun Kepercayaan awak,
Percaya dan ikhlas itu penting dalam mencapai bahagia,dalam apa jua hubungan samada pada kekasih,keluarga,kawan atau dalam dunia bisnes.Tanpa ada rasa kepercayaan takyah lah nak serius2 nanti sendiri yang sendu.
Awak,saya tahu payah benar nak melupa kisah2 lalu kita gan kite punya X kan?Bukan awak jer.. orang lain pun sama,kawan2 kita yang lain2 tu pun sama.Saya kadang2 jadi pelik sebab saya rasa payah tu sebab kita yang melayan perasaan kita.Bahagia itu ada dalam hati kita,keluarkan ia dengan rasa ikhlas buat orang tersayang dan orang2 yang di sekeliling kita.Awak,yang penting jangan biarkan fikiran kita melayang-layang ingatkan detik2 lalu yang dah lama pergi.Semua dah berlalu awak.. Jangan fikir lagi tentang kisah semalam atau esok yang kita belum tahu apa yang akan terjadi.Saya ada baca sebuah buku yang tertulis tentang satu hadis Nabi Muhammad saw yang bermaksud;
'Bila engkau berada di waktu pagi,janganlah menunggu datangnya petang hari.Dan bila engkau berada di waktu petang,jangan lah pula kamu menunggu datangnya pagi hari..'
Hiduplah untuk saat ini awak..masa ini..tumpukan pada waktu sekarang,bersedia menerima apa jua yang datang dengan lapang dada dan positif.Jangan serabut fikiran dengan hal2 yang remeh temeh ni..nanti boleh jadi gile!Dah tuu..jangan fikirkan sangat dengan apa yang orang nak kata, orang tak tahu hati kita.Mereka hanya tahu mengkritik atau menuduh kita macam2 tanpa nak tanya kita atau selidik betul2..suka hati dia orang nak kata kita ni buayalah,pandai mengayatlah pandai buat orang lentok lah.mengada-ngadalah..hmm macam2 tapi kalau kita fikirkan balik apa yang dikatakan itu buat kita lebih di pandang,di respek sebab kita bolayan gan kata2 itu.Orang yang dengki memang ramai,awak.Tapi pedulikan itu semua yang penting kita hepi dan kita mesti tahu yang dengki tu tak mahu tengok kita hepi..!!So..mestikah kite terus menangis untuk itu..?
Kalau awak fikir2kan awak putus cinta dah ada pengantinya,bagaimana pulak gan kawan2 kita yang putus dengan X diorang tapi belum ada penganti?hmm siankan..hidup mesti sepi..tapi untuk kawan2 kita tu saya nasihatkan benda yang sama gak camner saya nasihatkan awak ni. Terimalah yang dah berlalu itu dengan tenang hati,ok.Allah tak pernah kejam..apa yang Dia datangkan atau uji itu ada hikmah nya kerana Dia maha Mengetahui lebih dari kita, sebagaimana yang tertulis di Al Quran;
'..Dan boleh jadi kamu membenci pada sesuatu tetapi ia baik buat kamu.Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu tapi ia tidak baik buat kamu.Sesungguhnya Allah lebih mengetahui..' (ayat Al baqarah-ayat 216).
Sebagai kawan baik pada awak,saya nak awak bahagia dalam kehidupan awak,cinta dan cita2 awak.Begitu jua pada kawan2 kita yang lain itu..Coretan ini istimewa untuk awak dan mereka2 yang merana kerana cinta,yang sepi,yang jiwa kosong dan layu tu..Hmm meh BeLL Ding Dong kan..hahaha..Awak,saya bukan lah nak layu atau sayu tapi ini ikhlas nak nyatakan pada awak.. Terima kasih kerana menerima saya yang pernah melukakan hati awak.Terimalah Kasih yang seindah biasa ini untuk di rasai,dingati,dikongsi bersama dalam diri awak.Janji awak kita kan begini hingga bila2..insyaAllah .Awak tahu kan saya sayang awak.Sayang sebagai kawan,sebagai adik saya..tak lebih tak kurang so,tak perlulah orang lain nak jeles2 ok.Kalau ada yang jeles tu,meh saya pujuk haha...Saya pun sayang kawan2 saya yang lain tu..sayang sangat sebab saya tahu diorang sayang saya juga.Awak tak jeles kan?Sebab awak tak pernah sayang saya,takde rasa pada saya hahaha...mungkin saya dah mati nanti baru awak ada rasa sayang tu,kan?
hehe..awak mesti benggang gan saya..! Ala saya gurau jerr wak..sayang ke tak sayang ke..tak kisah yang saya tahu awak menghargai kehadiran saya ini cam awak tulis kat saya..'Thanks for always be there for me..' saya hargai kata2 awak tu. Dah la tu..malas nak merapu-rapu lebey2.Salah silap ada kata2 yang tersinggung or terasa mohon maaf zahir dan batin.
hehe..awak mesti benggang gan saya..! Ala saya gurau jerr wak..sayang ke tak sayang ke..tak kisah yang saya tahu awak menghargai kehadiran saya ini cam awak tulis kat saya..'Thanks for always be there for me..' saya hargai kata2 awak tu. Dah la tu..malas nak merapu-rapu lebey2.Salah silap ada kata2 yang tersinggung or terasa mohon maaf zahir dan batin.
Jangan sampai kene banned hahaha..
All De Best to U and All My Frens di mana jua berada..
~ Seindah Biasa~
Takkan mungkin kita bertahan,hidup dalam bersendirian..
panas terik,hujan badai kita lalui bersama..
Saat hilang arah tujuan,kau tahu kemana berjalan
meski terang meski gelap..kita lalui bersama...
Takkan mungkin kita bertahan,hidup dalam bersendirian..
panas terik,hujan badai kita lalui bersama..
Saat hilang arah tujuan,kau tahu kemana berjalan
meski terang meski gelap..kita lalui bersama...
~Ikhlas dari BeLL~




3 comments:
life goes on... aku x sedey..sbb aku dah x rasa apa2.. pedulikan apa org nak ckp.. aku dgn cara aku dan aku tetap aku!!.. papepun aku hargai kenangan itu..
Keep on writing Bell..
Hey hatimati..My fren AN kata ada dua bende nak bahagia dlmidup nii..
1.Tuhan-kerana Dia Maha Mangetahui.
2.Diri Sendiri-apa2 pun dr diri sendiri,halangan pun dari diri sendiri..No or Yes!
Hey U..dun give up hah!haha...
TKCR...
I will U..
From-BeLL
My dear AN & Bell...
Thanks for the advise.. i never give up.. yang mati cuma hati..jiwa masih ROCK.. Yeayeaahh!! hehehe..
Post a Comment