Tuesday, August 19, 2008

Andai aku bersuara..

..andai aku bersuara~tak bererti aku melindungi
dan mencari kelemahan diri~bukan juga mengharapkan simpati..

Saya takkan mati hanya kerana orang mengkritik saya dan membenci saya.Itu kata hati saya! Diam saya bukan bererti saya salah! Saya kan pernah katakan tentang ini pada awak.Melawan kata-kata mereka yang berkata buruk dan negatif tentang saya adalah sesuatu yang tak berfaedah bagi saya, buat saya lebih jadi bodoh seperti melayan Mak Andeh dan Pak Andeh pulak.. dan saya fikir lebih baik saya diam seribu bahasa dan memperbetulkan diri saya dan meluruskan diri sendiri sekarang.Saya tak marah kalau ada yang komen tentang saya atau karya saya kerana pada saya itu dapat memberi kebaikan pada saya. Tapi bila saya diam lagi hebat mainan dengki manusia ini.Hmm awak tau kenape? sebab saya disenangi ramai mungkin..kata bijak pandai dan orang2 yang dah berjaya 'bila kita berada di atas secara tak langsung akan banyak musuh dan pengkritik terhebat yang ingin lihat kita jatuhh'.Awak rasa saya akan izinkan mereka buat begitu pada saya?NO WAY BEB!

Tahu tak dalam hidup ini kalau kita baik,di senangi ramai,boleh buat baik pada orang lain, boleh buat orang bahagia,ramai peminat,suka tolong orang pendek kata menjadi pujaan ramai lah macam artis tu..atau berpengaruh lah,masa tu lah kita akan mulai menghadapi orang2 atau spesis jenis dengki,khianat dan busuk hati ini.Kenapa saya kata begitu,awak nak tau?sebab kita tak ganggu diorang pun tapi kenapa diorang sibuk2 dan ada masa lak nak kutuk orang!!Adoiii...Masa kita dah UP,bahagia,senang dan berjaya, kritikan pedas2 cam cili padi ni dan pahit serta hebat terguling cam makan ubat 'hydroxyurea..' masa ni lah kritikan2 dan kata hangit tu akan sampai ke telinga kita dan diri kita.Mainan perasaan manusia jenis 'tak senang tengok orang lain senang..' Begitulah manusia,spesis dengki2 ni takkan diam selagi mereka tahu saya belum masuk liang lahad lagi..atau masih dekat dengan orang yang mereka fikir menyenangi mereka.Saya tahu selagi mereka tahu nama saya masih ujud selagi tu lah mereka nak buat dan lihat saya jatuh,menangis,mengalir airmata,jatuh berdentum atau nak saya mati cepat.Selagi tak berjaya usik ketenangan dan kebahagiaan saya mereka takkan puas hati.Awak,rasa saya keterlaluan ke cakap macam tu..? saya rasa tak..saya tak kata orang2 yang kata saya tu jerr.. ini umum sape yang baca kat sini pun boleh belajar tentang sikap manusia yang terlampau haha.. Awak,jangan marah erkk..arini saya memang over dos!haha...

Tadi saya tanya kawan saya,mengapa ada spesis begini dalam hidup ni..sebab pada saya kalau orang nak berkawan gan saya dan boleh terima cara saya ok tapi,kalau rasa tak boleh GET OUT FROM MY LIFE.. DUN DISTURB ME!! Adoiii..kasarnya bahasa..yelah awak,kalau dah saya ni di nilai dari rupa atau kata2 saja dah negatif,cam lah saya ni orang yang penuh dosa,tak tahu sape Tuhan, hanya dengar org kata2..boleh wat orang cam kucing kurap,profesional ke sikap tu?Adoii kene beli cermin kasi dia...haha!Kata kawan saya, orang cam ni hanya tunggu kite wat silap then orang mula benci kite dan bila kite dah down cam orang yg penuh dosa yang tak terampun sampai lupe nikmat Tuhan kemudian kite akan mula lupe diri.Saat itu nilai2 murni,akhlak dan luhur yang ada dalam diri kite akan hilang dan hancusss.Bila kite dah blurr, kite mula jadi orang yang paling bodoh dan dungu..itu yang mereka nak tengok!

Awak,saya sentiasa waspada dengan spesis camni.Terimakasih pada awak yang sentiasa menyokong saya, bersama saya dalam susah dan senang saya.Saya tahu awak pun tak suka dengar orang kutuk saya.Terima kasih awak,awak buat saya sendu..awak tahu kan perasaan saya,faham kan apa saya rasa?Awak jangan risau..saya takkan mati dengan kata negatif orang, sah2 orang bercerita wat fitnah.Saya tetap saya yang berpegang teguh dengan keperibadian saya,saya akan kuatkan hati saya dari kata2 hinaan mereka.Saya takkan peduli,terusik dengan cemuhan sebegitu.Saya takkan sekali-kali mengizinkannya awak!Saya takkan izinkan diri saya jatuh,stress dan tertekan dengan hal2 begini.Awak sendiri mahu saya kuat dan beranikan?Saya akan kuburkan kata2 negatif itu dengan sikap tenang saya.Pada hakikatnya kritikan dan kata hina mereka pada saya adalah peluang untuk saya agar menjadi lebih bagus dari sekarang.Buat saya lebih yakin pada diri saya.Saya bukan mahu jadi orang yang terhebat hingga boleh buat orang buta dan terpesona gan kata saya sebab saya sedar diri saya.Saya hamba Allah yang tak sempurna dan tidaklah layak untuk meletakkan diri seAgung Allah yang Maha Besar lagi Berkuasa.

Dun worii..awak,hidup mesti kita teruskan dengan lebih sempurna selepas ini yang penting nawaitu dan keikhlasan kerana Allah sesekali tidak memandang rupe kita.Selepas ini kalau ada yang tidak tenang hati atau tak tentu arah dengan apa yang saya luahkan pada awak ni,itu bukan pekara besar pada saya.Saya bukan marah tapi kesal,kalau ada yang marah2 saya takkan peduli..sebab untuk yg suka marah2 ni..ingatlah

Allah ada berfirman: '..matilah kamu dengan kemarahan kamu itu..(Al Imran ayat-119)

Saya dah cakap apa yang saya simpan dalam hati saya.Beginilah bile saya bersuara..wak! Maafkan saya andai saya ada terkasar bahasa,tak berbudi bahasa bila menulis pada awak.. sesekali apa salah kita bersuara kan?Terima kasih awak,Lepas ni saya akan terus lena..biarpun untuk seribu tahun awak sentiasa ada dalam hati.InsyaAllah!

Ikhlas dari BeLL.
*jgn kite kecundang..Cool Mell n...


No comments: