Dari kata..
mungkin dapat ku baca
apa yang kau rasa
dalam kemelut duka
biar yg ku lihat bukan airmata..
Hey..
saat kau ada rasa rindu
dan kesepian menjadi tamu
jangan kau terus sendu
hidup jangan terus jadi kaku
kerana hati mu perlu tahu
rindu itu bukan penentu
yang dia juga mengerti rindu mu
dan..
terbangkan rindumu
dari dalam kalbu
jauh dari sudut hatimu
dan sepastinya itu
di satu ketika dan waktu
kau akan bertemu
dia yang kan bawa bahagia pada mu
mengulit mu dengan rasa cinta merdu
melayani kerenah manjamu
bersama cinta yang di restu
dan aku mahu..
kau perlu yakin itu
kerna itu..
hanya satu..
Doaku
buat mu
adikku..
Andai ku mampu
membahgiakan kamu
akan ku hindar dukamu
biar jadi debu
diterbangkan angin lalu
bersama sendu
dan saat itu
kita perlu tahu apa yg kita mahu..
kita mahu tahu apa yg kita perlu..
Tepuk dada mu
tanya pada hatimu
apa yang kau mahu
All the best to U..
Ikhlas buat Mell in Brisbane
*puisi ini puisi pertama dari Bell untuk aku. puisi ini yang merapatkan kami..tika itu aku dihimpit kerinduan pada seseorang. dan pada Bell aku luahkan segalanya. dia memang pendengar setia, juga seorang yang memahami.. tanpa dia, aku mungkin terus lemas... lemas dalam kisah rindu itu (hehhee).. puisi ini dipublishkan di sAtu forum lain dan aku 'ambik' sebab aku ada 'hak bersama' ;p
kan Bell?
anyway, terima kasih untuk puisi ini.. ia amat bermakna untukku...
-mell-
Friday, August 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




1 comment:
Semua yang datang tanpa dirancang,ilham yang dtg tiba2 tanpa banyak bicara tanpa ada sendu,semuanya ikhlas dari insan yang kau kenal sebagai BeeGo.
Post a Comment