Cinta yang tulus dalam hatiku
membuang semua hasrat dan mimpiku
untuk bisa menyatakan sayang
untuk bisa mengungkapkan semua
pada diri mu..
membuang semua hasrat dan mimpiku
untuk bisa menyatakan sayang
untuk bisa mengungkapkan semua
pada diri mu..
'Allah tidak pernah meragut sesuatu dari kita kecuali menggantikannya dengan yang lebih baik.Kita perlu banyak sabar dan sentiasa redha dengan ketetapan Nya.Usahlah terlalu bersedih dengan dugaan yang datang, sebab ganjarannya besar disisi Tuhan...',
Kata-kata itu datang dari seseorang yang amat aku hormati, kata yang datang dari seorang abang yang seumpama seorang bapa buatku. Pastinya,kata-kata yang akan selalu aku ingati selamanya. Kata2 yang menguatkan aku bila aku syahdu. Dia mengeluarkan kata itu ketika aku menjaganya di Hospital Ampang. Ketika aku memberitahunya yang kawan aku telah pergi buat selamanya kerana luekimia. Sama juga dengan dia kini, Abang N pergi meninggalkan semua insan yang menyayanginya pada 14hb April 2008, kerana luekimia jua.. 4 hari selepas menyambut harijadinya yang ke 60. Apa lagi dapat kita katakan kalau orang yang kita sayangi pergi, meninggalkan kita buat selamanya?
Sedih memang sedih.. seorang demi seorang pergi namun bilakah giliran kita, hanya Allah yang tahu.. Hari-hari kian berlalu samada 16tahun, 16bulan,16hari,16jam lagi usia kita.. Itu hak Allah..kita milikNya,dan semuanya pasti akan kembali kepada Nya jua. Meniti hari-hari bahagia yang semakin hari semakin pendek biarpun jangkauannya angka pada usia itu semakin tinggi. Kita masih punya waktu untuk memberi dan menerima yang terbaik dari orang lain. Memberi..ya memberi yang terbaik.Di saat-saat yang sebegini aku sendiri ingin dan pasti akan memberikan yang terbaik, bahagia yang terindah buat mereka yang mengenali aku, yang mengelilingi duniaku,yang hadir dalam duniaku. Andai dapat kubentuk dan kumpulkan kasih dan sayang itu, pasti aku masukkan dalam kotak yang tercantik dan kukirimkan buat kalian sebagai tanda kasih yang tak terhingga namun kasih sayang dan cinta itu bukan kebendaan. Ia tak dapat dilihat tapi dapat dirasa, disentuh dengan jiwa.. lalu menjadi cinta yang terindah.
Kasih dan cintaku buat keluarga tersayang tak terucap dan terbalas dan tak ternilai. Keikhlasan yang kuberi,kebahagian yang kudapat,keindahan kemesraan ,belai mesra semuanya aku rasai.Gelak tawa tika bersama takkan padam dari ingatan ini.Ingin kutitip pesan buat mummy, jangan lesu dan sendu dengan dugaan ini.Setiap manusia akan pergi jua..namun jangan ini dijadikan alasan untuk kita terus berduka dan tertekan.Kita masih punya waktu untuk membuat yang terbaik pada diri kita,pada Nya,pada keluarga yang kita cintai,pada teman dan semua nya. Kasih ini tidak tercurah nilainya buatmu.
Kita pernah diduga,pernah kehilangan insan2 yang kita sayangi dan dengan berat hati kita terpaksa merelakannya..kerana apa daya kita sebagai manusia biasa.Kita bukan Tuhan untuk duduk serata dengan keAgungan Nya.Kita mesti faham Doktor jua bukan Tuhan namun kepakaran mereka tak dapat dipertikaikan.Kita hanya berserah,berdoa dan berikhtiar.Aku sendiri tak pernah mahu kalah dengan penyakitku. Stress, tension,pressure aku redahi juga dengan positif.Aku jadikan cabaran,aku tidak mahu dilayan sebagai orang yang sakit. Aku sering sayang pada diriku, kenapa perlu aku menangis dan kecewa sedangkan waktu semakin hari semakin pendek.Waktu tidak menanti kita,dia akan terus pergi..seperti mana kita pun pasti pergi.Pergi selamanya takkan kembali,meninggalkan orang2 yang kita sayangi,kita kenali. Bila?Hanya Dia yang tahu...
12hb April 1988-Aku kehilangan seorang bapa yang aku sangat2 hormati dan sayangi kerana serangan jantung.Sehari sebelum meninggal, bapa aku ada menefon aku.Kami berborak seperti biasa dan bila aku ajak bapa ke tempat aku,bapa memberi alasan yang dia sangat sibuk menguruskan kerjanya dan katanya lagi dah banyak minggu dia tak solat di tempat sendiri.Aku faham bapa sorang yang begitu berdisplin dengan waktu.Dia juga seorang kuat bekerja,ramai kawan dan ramai yang menyenangi kerektornya, sesuailah dengan jiwanya yang patriotik,kuat berpolitik pada masa itu .Seorang yang penyabar dan kelakar kalau bercakap,cam aku lorr..! haha...
Bapa bukan seorang yang suka duduk diam ajer!Kekadang ada waktu aku tidak jumpa dia lansung.Kalau bapak ada di rumah telefon tak pernah henti berdering mencari bapa.Pernah kawan aku kata,"Umah kau cam ada kat bursa saham,telefon tak pernah senyap.."haha memang pun.Kul 5pagi telefon dah mula berdering,semua yang menefon mencari bapa,nk minta pertolongan dari pelbagai jenis bangsa,sebab tu bapa aku boleh cakap pelbagai bahasa. Arwah bapa pernah hadiahkan aku basikal,bila aku dapat no.satu,Masa tu aku di tingkatan dua. Tu yang pertama dan terakhir aku dapat no satu hahaha..lepas tu bergoyang dan berangin sikit tapi bapa tak kata aper2..Dan bapa pernah cakap pada aku yang aku patut berbangga mempunyai nama yang dia taruh di surat beranak itu.Bila aku tanya kenapa nama aku macam nama lelaki dan ramai orang konfius. Wah! bapa dengan bangga memberi jawapan sambil tersenyum nama aku berkait dengan nama arwah ayah dia dan atuk nya(nenek moyang aku lah).Dari nama Haji Shamsuddin Bin Mohd Yakin,maka jadilah..Tuuuttttttt..hahaha...sape tau.. tau la yerr! Terima kasih bapa..sesungguhnya memang aku sentiasa yakin,yakin pada diri!
12hb Januari 2004- Perginya salah seorang kakak aku mengadap Ilahi kerana diabetis dan masalah paru-paru.Dari tahun 2003 arwah kakak masuk ke Hospital Fatimah,Ipoh dan aku sempat menjaga arwah di rumah dan di hospital.Masih aku ingat saat-saat aku mandikan kakak, guntingkan rambut dia,kakak sangat hepi sebab katanya dilayan macam permaisuri haha... semuanya mengikut schedule.Arwah kakak hepi dengan aku.Aku masih ingat waktu arwah kakak sihat sedikit,aku ingin terus belajar dalam bisness. kakak yang berikan wang walaupun aku ada wang sendiri untuk itu.Kakak kata itu tanda dia berterima kasih pada aku dan kakak pesan supaya jadi yang terbaik. Alhamdulillah,aku jadi pelajar yang terbaik untuk negeri Perak.
Arwah Kakak seorang yang manja,apa yang dia nak terutama makanan mesti ada.kalau takde mulalah dia kata kita tak sayang dia dan mula merapu-rapu ayat2 dia suruh kita ikut kata dia haha..arwah memang kelakar.Arwah kakak,lain dari yang lain..dia suka panggil aku dengan nama yang orang lain tak panggil.Bila aku tanya kenape?Dia kata itu nama best fren's dia.hm..Dan yang paling aku terasa hingga kini arwah kerap menyatakan pada aku yang dia sangat2 sayang pada aku."Adik yang paling kak sayang.."itu yang kerap keluar dari mulutnya dan aku selalu jelirkan lidah bila kakak cakap macam tu..haha cam kakak buat kelakar lak! Namun ada kala arwah kakak buat aku menangis,kakak sering kata,"Kak,takde anak nak jaga kak,tu sebab kak sayang kamu,tahu tak, kak rasa malu pada org lain bila kita kumpul ramai2, orang lain ada anak tapi kak tak de.." hmm memang arwah kakak buat aku sayu dan layu. Namun itu sudah tinggal kenangan.Kisah sedih 4 tahun lalu.
Arwah kakak pergi menghadap Illahi pada 7am, waktu itu aku sibuk bersiap untuk bekerja.Sesampai di Perak arwah kakak sudah dimasukkan ke liang lahad.Aku tidak sempat menatap wajahnya buat kali terakhir.Tapi tak mengapa,aku rasa puas dapat membalas segala budi dan baik kakak yang menjaga aku kecik2 dulu,suap aku makan,mandi dan segalanya.Semuga arwah kakak di tempat bersama orang2 yang beriman.Amin!
14hb Dis,2006- Aku dan keluarga diduga Allah sekali lagi bila seorang lagi kakak aku pergi menyahut panggilan Illahi kerana menderitai sakit SLE. Arwah ketika itu berusia 48tahun.Biar pun setahun terlewat untuk diubati namun arwah kak long aku tidak pernah menunjukkan rasa menyesal atau terkilan.Waktu itu aku baru pulang dari UK. Saat yang paling manis dan takkan aku lupa sampai bila-bila, waktu kami sama menyambut Aidil Fitri 2006 bersama arwah kak long.Arwah seperti tahu yang dia takkan menyambutnya lagi. Dialah orang yang paling hepi dan makan apa saja yang dia suka.Dan hari itu juga kami bergambar beramai-ramai.
Sepatutnya, arwah kak long mesti dimasukkan ke hospital 2 hari sebelum hari raya tapi dia yang merayu pada doktor untuk masuk selepas 3 hari raya aidil fitri. Selepas 3 hari raya, arwah kak long di masukkan ke Hospital Besar,Ipoh. Aku sekali lagi memberikan komitmen dan tanggungjawab sebagai seorang adik terhadap seorang kakak.Arwah kak long bukanlah seorang yang cerewet,tidak kedekut,tak bercakap banyak namun apa yang di hatinya,apa yang di tanggung hanya Allah yang tahu.Dia jarang bersuara untuk menceritakan keburukan orang lain,sering nasihatkan aku supaya jadi orang yang sentiasa bersyukur, jangan lupa pada orang2 yang susah. Jangan lupa pada Tuhan.
Seperti yang lalu, kehidupan aku adalah di hospital,berulang alik setiap hari ke hospital.Tak kisah lah itu.. Ini masa untuk aku membalas budi baik kakak pada aku,pada keluarga.Saat yang aku tidak lupa, sewaktu arwah kak long menelefon aku memberitahu yang buah pinggangnya akan diambil sedikit untuk test. Masa tu aku masih di rumah, suara arwah kak long seperti begitu mengharap aku menemaninya sepanjang treatment itu. Ya, Alhamdulillah aku sempat menemaninya biar pun terlewat sedikit.Arwah kak long tersenyum bila melihat wajah aku di cermin pintu treatment itu. Sebetulnya aku sendiri tidak sampai hati melihat itu semua namun aku ingat,aku mesti memberi kekuatan untuk arwah.Biarpun arwah mengadu sakit..aku terpaksa buat muka seposen gak! Biar dalam hati rasa nak menangis bila melihat jarum yang begitu besar dan panjang menusuk belakang arwah.kalau aku lah..hmm dah lama doktor tu kene tendang hahaha....
Lebih dari sebulan arwah di hospital,hanya sehari pulang ke rumah,arwah di masukkan semula ke hospital.Arwah makin tenat,aku pula waktu itu jatuh sakit..namun sakit tak sakit tanggung jawab mesti aku tunaikan.Kata2 yang aku tak lupa yang keluar dari mulut arwah sebelum koma,"Terima kasih kerena mnjaga kakak sampai kamu sendiri jatuh sakit,Terima kasih,jaga budak2 tu dgn baik.. 'budak2' yg di maksudkan adalah anak2 dia.
Selepas arwah koma,setiap malam aku berada di hospital lagi.Dan setiap malam aku tidak pernah tidur selain dari menatap wajahnya,membacakannya yasin,lap tubuh badannya.Namun segalanya berakhir jua,siapa kita yang dapat melawan takdir Tuhan.Kakak pergi jua sewaktu azan Zohor berkumandang di masjid Taiping.Dan aku...seakan mahu rebah sekali lagi menerima berita ini semasa berada di rumah bersama 2 orang anak arwah.Namun aku sedar,aku perlu kuat untuk Danieal, untuk Diana. Bagaimana kuatnya esakan mereka dalam pelukan aku saat itu,cukup untuk aku tahu bagaimana sedihnya mereka menerima berita ini.Menerima kenyataan yang mereka sudah tidak punya ibu seperti yang terkeluar dari mulut si kecil Danieal,"sekarang Danieal jadi anak yatim,kan?". Danieal, walaupun kamu kecil lagi tapi kamu cukup bijak untuk memahami ini semua.Sehingga kini Danieal masih merindui mamanya.Terbaru dia berbisik pada aku, "Danieal rasa macam mama tu aderr..dan cakap pada Danieal,jangan nakal-nakal.." Hmm aku senyum jer, dan aku hanya cakap kalau camtu jgn nakal2. Danieal senyum saja. Untuk arwah kakak,aku doakan muga rohnya di letakkan di kalangan orang2 yang beriman. Tuhan lebih menyayangimu dari aku. Satu waktu aku jua pasti dijemput pergi. Bile..? Hanya Allah yang tahu. waktu terdekat, waktu yang panjang..segala-galanya dengan izin Allah.
14hb April,2008-Belum rasanya hilang kesedihan kepergiaan arwah kak long,aku dan keluarga di kejutkan dengan berita arwah abang ipar aku yang jatuh sakit iaitu pada bulan April,2007 iaitu 3 bulan selepas kakak meninggal dunia.Namun kami sekeluarga tabah apalagi kakak aku yang ketiga itu serta anak2 nya menerima kenyataan yang abah mereka menghidap luekimia. Sekali lagi tenaga dan diri aku diperlukan. Aku takde masalah bila kakak telefon untuk membantu dia menjaga arwah abang N dan semestinya untuk berulang alik ke hospital sebab anak2 nya jauh dan masing2 ada komitmen.Aku menolong dengan seikhlas hati.
Hospital sudah menjadi rumah nombor dua aku dari tahun 2004 hingga kini haha...hingga doktor dan kakitangan hospital boleh kenal aku,Biar aku sendiri menghidap penyakit namun itu bukan alasan untuk aku tidak membantu kakak dan abang N yang memerlukan aku. Apalagi untuk anak2 nya yang begitu menghormati orang lain.Kakak aku yang ketiga ini dan suaminya abang N memang pasangan yang tak pernah berpisah selepas sama2 pencen.Dia orang selalu ke KL melawat cucu mereka namun selepas abang N sakit,masa banyak di hospital.Dari Hospital Besar Ipoh ke Hospital Ampang dan sehinggalah arwah abang N menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Serdang pada waktu subuh 14hb April 2008.
Arwah adalah umpama seorang kawan dan bapa buat aku.Arwah seorang yang sangat kelakar,suka berkaraoke,bersukan dan aktif berpesatuan.Walaupun arwah sudah tua namun hatinya separuh muda haha..nak tau kenape?sebab aku yang mude ni kadang2 layan gak sinar FM dan Light n Easy Radio channel tapi arwah abang N tidak.Dia suka dengar ERA.Dia memang berhati muda,periang dan kelakar. Lagu yang ketara dia suka ialah lagu DEWI dari Dewa haha.Setiap kali aku sampai di hospital arwah mesti suruh aku urut kakinya. banyak kenangan aku dengan arwah yang aku tak boleh lupa. Salah satunya dia suka galakkan aku menyertai peraduan2 yang ada di akhbar atau mana2 pun. Bila dia suruh aku sertai peraduan F1 dengan syarat mengisi minyak di sebuah petrolpump, arwah siap tanya aku, mana negara pilihan yang aku nak pergi untuk tengok F1,haha yer..yer jer cam boleh menang!
Sebenarnya aku tak dapat bercerita banyak tentang arwah kerana cerita tantang arwah abang N,insyaaAllah akan aku separatekan dalam title yang lain dan mungkin akan dijadikan mininovella untuk sebuah peraduan! Yang pergi telah pergi dengan hati yang tenang, insyaAllah!dan kita yang menanti waktu belum tentu tahu lagi bila. Aku tahu masa aku hanya dihujung waktu..waktu yang aku tidak nanti.. namun andainya aku pergi di awal2 waktu ini..ampunilah dosaku!

**** ****

Tak mungkin..
bagiku untuk memilikimu
segala rasa yang pasti
tak mungkin untuk bisa kau terima semua
untuk bisa ku nyatakan rasa
ku cintakan mu..
Ketika bunga tak bermekar lagi
dan dunia tak mungkin berputar lagi
saat cinta tak membakar hati ini
kau kan tahu
betapa aku mecintai mu
betapa aku menginginkan kamu..
Kembali seperti dulu.....
(Ungu-waktu yg d nanti)
bagiku untuk memilikimu
segala rasa yang pasti
tak mungkin untuk bisa kau terima semua
untuk bisa ku nyatakan rasa
ku cintakan mu..
Ketika bunga tak bermekar lagi
dan dunia tak mungkin berputar lagi
saat cinta tak membakar hati ini
kau kan tahu
betapa aku mecintai mu
betapa aku menginginkan kamu..
Kembali seperti dulu.....
(Ungu-waktu yg d nanti)
By BeLL.

No comments:
Post a Comment