Saturday, August 2, 2008

Timur mencinta...


Bila aku cuba mengintai langit
mencari arah kekuatan
biar tiada suram lagi
tiada mendung lagi

Bila aku mengintai langit
aku tidak mahu hilang arah
meraba bagaikan sibuta
yang kehilangan tongkat

yang aku tahu...
aku masih ada Tuhan
masih punya kiblat
walau lelah dalam duka
semua itu dugaan
untuk aku bergelar
manusia.....

Dan aku yakin
Cinta aku ada
ada pada seluruh alam
pada setiap manusia
dari arah barat
pada arah timur
cinta ku satu
hanya pada Tuhan Ku

Dan bila barat mula merindu
Timurkan mula mencinta......

By BeLL

No comments: