Wednesday, August 6, 2008

yang dekat yang jauh..sahabat..


Aku adalah aku..yang pernah kau ajar..agar setia pada janji..
Terima kasih atas suatu pengajaran buat ku...


Hidup ada pelbagai watak yang kita temui,pelbagai ragam manusia yang perlu kita fahami, perlu kita pelajari samada dari insan yang belum mengenali diri kita atau dari insan yang memahami diri kita terutamanya insan yang kita gelar sahabat,teman dan kawan. Bagi aku,aku begitu bersyukur pada Tuhan tanpa dugaan dari Nya aku tidak akan sedewasa ini,tidak tahu erti kecewa..namun aku pasrah jua kerana di penghujung hayat ini masih lagi aku kecundang dalam hubungan yang layak digelar 'senang sama senang..namun akhirnya dia senang kerana menyusahkan ku..'haha..pelikkan?Takde yang pelik pun sekarang nii... Tak pelik dan tak heran kalau di zaman sebegini moden manusia ada yang cepat lupa diri,lupa asal diri,lupa pendirian diri dan tak kurang yang pentingkan diri sendiri. Tak kata orang..ni aku sendiri..hanyut dengan kata diri walau niat bukan sebegitu yang aku mahu.Namun kekadang jadi keliru pada apa yang ku mahu...lupa pada niat asal mahu membahagiakan setiap insan yang mendampingi aku yang akhirnya melukakan hati mereka yang ku gelar sahabat,teman dan kawan.. yang akhirnya melukakan hati sendiri jua. Tapi aku dah temui dan mulai sedar diri bahawa..' sahabat yg setia, sejati.. sentiasa memaafkan walaupun hatinya sendiri terhiris..kerana sayang pada suatu perhubungan,sayang pada sahabatnya'.Aku ingat ini selama- lamanya!

Sahabat,teman dan kawan ramai yang mendefinasikannya dengan pelbagai erti dan pada aku..aku tak peduli apapun erti yang tersirat disitu..yang penting pada aku selagi mereka2 yang pernah kenali aku,pernah bersama aku,apalagi yang bersusah senang dengan aku ini mengingati aku selagi itulah mereka di hati dan fikiran ini.Biar jauh biar dekat,biar setahun tak jumpa,tak didepan mata semuanya aku hargai,semuanya aku sayangi...

Seperti hari ini,sekembali aku ke Perak aku terima sekeping kad jemputan perkahwinan dari seorang kawan yang pernah membantu aku waktu aku keseorangan.Walaupun antara aku dan dia berkenal hanya kerana dia gilfren kepada kawan aku A.Gilfren yang keberapa aku tak tau...haha Sori yana..! Yana atau nama sebenarnya Aida Suraya. Aku ingat lagi sewaktu aku baru pulang ke tanahair tahun2006.Yana lah teman baru yang mula aku kenali, waktu itu siapapun belum tahu aku berada disini..makan minum aku cukup dia jaga,tidur baring aku kat rumah dia.Yana yang tidak begitu banyak cakap tapi cukup romantik.Dan aku jua menjadi pendengar setia Yana dan tempat Yana mengadu tentang apa jua masalahnya dengan BF nya A.Yana yang begitu gile abiss pada kawan aku tu.. akhirnya bertemu jodoh dengan orang lain juga.Hmmm cam tak percaya tapi itulah kenyataannya.

Minggu lalu,aku terima sms..
Hey,i nk ur addrs.Nk anta kad kwin.Ini Yana, ingt x kwn A..?


Wow..biar betul!terkejut aku lalu aku balas..
Ingt!biar btul..tak caya la u nk kwin..!pasti..?

Dan bile yana membalas,aku kena percaya..
Tul la!..I gan A lama putus,Dia ada GF bru.i nak u dtg gak,dtg MESTI!!..'

Akhirnya aku balas..
'Tahniah!hey kalu x bhgia cr i,k..hehe'

jahatnya aku!hehehe.. akhirnya Yana membalas..
'Hey,i nak u dtg k,x dtg x kwn..MESTI!!'

Ishhh ugut lak..!tapi sebenarnya dah setahun lebih aku tak jumpa mereka berdua, Yana dan A.Tak sangka...akhirnya Yana temu jodoh dengan org lain.Inilah kawan walaupun tak jumpa selalu atau hari2 namun masih di hati,masih diingati,masih dirindui..Bahagiakan..? ada orang ingati kita walaupun yang kita buat baik pada dia hanya sedikit sangat.Selamat berbahagia Yana n zamfidi.Doa aku..Muga kalian bahagia selamanya!3hb Ogos lalu hari bahagia buat Yana.

Aku jua pernah berkenalan dengan seseorang yang bernama, Mariana Adam.Aku lebih mengelarkannya GAMAT.Laman web yang menemukan kami...Mar yang hantar email kat aku untuk berkenalan,waktu itu aku membantu remaja yang mahukan bantuan melalui email dalam satu web site yang aku sendiri dah lupa apernya.Perhubungan bermula dari situ.Tapi antara aku dengan Mar tak pernah chatting dan bukan hari-hari ber email.Namun aku rasa syukur karana silatulrahim berlancar lancar sehingga sekarang.Kami pernah bertemu di satu pot luck my fren AN.Di situ pertama kali aku jumpa si Gamat dengan tunang Din yang masa tu masih bertunang.Romantik couple..

Pernah satu hari tu..waktu tu aku baru pulang ke Malaysia,Mar sms and email aku..
'awak, kereta saya hilang,dah seminggu tak dipulangkan setelah meminjamkan pada kawan..yang saya baru kenal..' Wow! terkejut aku,
walaupun masa tu kami belum lagi bersua muka.Tapi itulah atas dasar kawan dn keikhlasan aku cuba membantu Mar kerana aku tau bagaimana resahnya dia waktu itu.Aku suruh si Gamat war-warkan dalam website kawan aku AN,mana tau ader yang ternampak 'buah hati Mar ni..'.Aku juga ada telefon Mar bertanya khabar dan info terbaru tentang kereta nya tu.Dan antara aku dan Mar hubungan kami kekal sehingga kini.Itulah..perhubungan atas dasar sahabat,kawan,teman.. yang walaupun berjumpa hanya sekali namun keikhlasan dan kejujuran mampu mengekalkan hubungan.

Pada 19hb ogos,2007 Mariana binti Adam telah di satukan dengan Sharifudin Bin Hj Ahmad,yang secara automatik menjadi kawan aku jua.Alhamdulillah!! Kini Si gamat sedang mengandungkan anak pertama yang bakal lahir pada bulan Disember nanti.Tahniah Mar dan Din.Muga dikurniakan anak yang comel..secomel kalian yang putih melepak!! hehe...Sesekali aku masih menelefon Mar dan kalau ada apa2 peluang bisnes Mar akan memberitahu aku. Thanks Mar..Terima kasih atas hubungan ini.Love u all!

Sebenarnya,satu perkara yang kita lihat,macam2 kesimpulan kita mampu olahkan,semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya,merasainya dengan apa yang kita mahukan dalam hidup ini.. jua dalam hubungan sebegini sebagai sahabat,kawan atau teman apa yang kita mahukan..? Teman pengubat SEPI? itu saja...?hilang Sepi hilang kawan..? Teman yang memahami..? Sebelum orang lain merasainya kita yang perlu tahu apa yang kita mahu darinya.Ada kawan aku yang baru aku kenal,kata pada aku..'B,saya tak mahu apa2 dari awak,saya mahu awak faham saya..saya hanya mahukan teman yang memahami,bukan wang bukan lain2 tu..'.hmmm..abis aku perlu memahami dia tapi dia mahukah memahami aku? hahaha...memang hubungan ni tak kekal lama.Aku sendiri mahu persahabatan yang kekal,yang indah namun seringkali kita melatah di kala di duga,selalunya kerana percaya pada kata orang lain.So,mana kepercayaan dalam hubungan sebegini..Pada aku keikhlasan,kejujuran dan kepercayaan..dan niat kita.

Aku ada baca dalam satu buku yang tertulis..
'Jika kita membuat perkara yang baik,tentu ada yang menyangka yang tidak baik.Jika kita membuat perkara yang jahat,tentu orang akan berkata yang tidak baik juga..' kenapa begini? sebab kalau niat dah tak baik,orang buat baik pun kita fikir negatif,buruk sangka sedangkan hati sendiri bagaimana? Hey..kita tak perlu takut pada bayang2 sendiri kalau kita ikhlas.Ingat tu..kawan!

Rasanya,jika kita tahu apa yang kita lakukan adalah perkara yang baik dan di redhai Allah,teruskan lah sambil bertawakal pada Allah.Peduli pada segala sangka buruk orang lain pada kita.Yang penting adalah..NIAT hanya kerana Allah dan untuk kebaikan semua insan2 di sekeliling kita..

Membahagiakan insan2 yang mengenali aku adalah satu kebahagiaan untuk aku.. ,sebagaimana aku jua ingin bahagia..bahagia bersama hingga akhir nanti.Di penghujung usia ini...apalagi aku mahu kalau bukan itu.Sahabat,teman dan kawan yang setia.Dan aku temui itu..di hati kalian yang ku gelar.. Sahabat,kawan dan teman.

Terima kasih..Aku sayang Pada Mu,pada kalian yang mengenali aku..yang telah merima aku seada aku..di akhir-akhir hayat ini.

Mell,thanks so much!walaupun u sering buli i,tak kisah la..penting u bahagia..hehe..Cool Beb!Peace..!

Buat teman2 yg lain..Thanks!love u all - always!

Aku Timur yang mencinta,perlukah aku jelaskan lagi?mungkin..Tunggu..


Sahabat ku..
ini ku nyanyikan lagu
setia rela yang padu
biar menusuk jiwa mu
untuk ku limpahkan kasih
cita,waja dan keluhuran ku
dengan kasih wangi
dari hati budi teman mu
yang bergelar..'Aku..'

Always....
Flying Without Wings..

Ikhlas dari BeLL.


No comments: