Tuesday, September 16, 2008

Syukur dan terus tabah...

My sis,her husband Dr Zainal n mama anie..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Syukur Alhamdulillah,Debaran dan rasa tertekan yang di rasai oleh kami sekeluarga terasa reda sedikit bila kakak aku,Hayaton Shaari selamat menjalani pembedahan kali yang kedua for breast cancer pada 16hb sept, 2008.Kali ini di kira sebagai 'big operation' setelah pembedahan yang pertama pada 5hb sept,2008 hanya untuk membuang ketumbuhan didapati ada sel2 kanser membiak. Alhamdulillah, kerana semuanya di kesan dengan cepat dan pembedahan pun segera dilakukan di Specialist Centre,HUKM, Cheras.

Buat kakak aku,tabahkan hati dengan ujian Allah ini.Jangan lupa ada lagi insan2 lain yang lebih menderita dari yang kau lalui.Kekuatan dan semangat mu memang tinggi.Sesungguhnya ini dugaan Allah buatmu dan keluarga.Bersabar dan banyak2 tenangkan diri ,pasti ada hikmah disebalik apa yang diuji.Senyuman mu petanda kebahagiaan buat anak2, suami juga ibu dan seluruh keluarga. Dan untuk hari-hari seterusnya kuatkan diri,terus kuatkan semangat,jangan beralah dengan dugaan ini,Jangan ada rasa takut untuk menghadapi masa2 yang mendatang. Redhalah sesungguhnya Allah sentiasa meyayangimu dan kerana Dia tahu kau mampu melaluinya maka di uji sebegini rupa.Jangan ada sifat putus asa.Sama-sama kita berdoa pada Allah agar menjauhkan kita semua dari kesengsaraan hidup dan memberi kita bantuan dan pertolongan bila kita ditimpa ujian dan cubaan yang besar sebegini, Amin Ya Rabbal Aalamiin!

~BeLL~
*insyaallah akan terus sabar n tabah.

6 comments:

juLieAdS said...

bell,
kirimkan salam i pd ur sis..may evryting gonna b fine...

-mell-

MELL n BELL said...

Insyaallah.Thanks Mell.

-BeLL-

LELASARI said...

Semoga kakak you cepat sembuh

MELL n BELL said...

Thanks Lela.Insyaallah..!

-BeLL-

gadis melayu said...

sy doakan kakak awk cepat2 sembuh..InsyaAllah

MELL n BELL said...

Thanks gadis melayu.
Terima kasih semuga kesejahteraan itu
pulih kmbali.Amin!

-BeLL-