Saturday, September 27, 2008

Suasana nak beraya....

Bismillahirahmanirahim

Lagi 3 hari nak raya,sekarang baru terasa.Mell sekarang sibuk buat biskut huhu...dan aku start semalam baru rasa bizi nya dan mood raya tu terasa.Semalam,pagi aku dah mula keluar,walaupun batuk n selsema..1st kene hantar parcel kueh raya kat sorang doktor kat HUKM (family members) than aku nak ke Jalan Raja Laut,bangunan MARA dengan nekad nak ambil baju raya mummy spt yang dijanji.Adoiii dari HUKM nak ke stesyen LRT Cheras pun boleh jem..?!!sambil tu..Layan HotFM,lagu raya dah banyak disiarkan...

Dalam LRT ramai lah manusia dengan tujuan masing2,yang bawa beg besar tu mesti turun Plaza Rakyat (Puduraya) dan tak kurang ramainya nak turun kat stesyen Bandaraya cam aku.Wah SOGO tengah sale gile2 sekarang...haha aku pun tumpang menyibuk,takde apa nak beli pun.Pegi belek2 cincin pun bukan aku nak bertunang..adoiii!!Ribuan manusia di luar dan didalam.Aku tak lama kat situ sebab dua ari lepas dh shopping gan mummy kat situ.Mummy pun dah belikan aku baju.Aku terus melangkah ke Bangunan MARA tingkat2.Macam yang aku duga,baju mummy 5 helai,sepasang pun belum siap.Aku naik hangin gak...!!Terpaksa nyamar mnjadi driver@org suruhan mummy.Dah Tukang jahit tu janji ahad lak dahhhh..adoiii...!Sori la mummy,Tak dapek nak tolong dah!Aku faham mummy frust sangat2.

Pastu aku kene tunggu seseorang kat area Pertama Kompleks lak,janji gan abang aku nak jumpa dia kat situ.Kebetulan dia ada kursus di Kl so dia nak tumpang aku balik Perak.No Hal!Dalam kul 2.30pm aku dan abg aku balik ke Cheras dengan menaiki LRT.Sampai je kat stesyen LRT Cheras hujan lak turun lebat. Slowly lah aku bawa keta nak balik USJ.Sampai tol Subang Jaya,tak hujan dah..Alhamdulillah!Sampai rumah,kemas bag, mandi..hmm sayang aku dah banyak kali sms,tanya aku kat mana..adoiii..sori yang i bizi arini!

5.30ptg tepat, aku gan abang keluar rumah.Singgah kat Petronas,isi petrol n masuk dalam jap beli air dan biskut sikit buat bekalan dalam keta untuk buka puasa.Dua orang awek yang biasa jumpa aku kat situ dari jauh dah lambai2 kat aku,tak nak la diorang kata aku sombong so,pi la jap, wish selamat raya...hmmm sempat lg nak beraya..baru terasa nak raya. "Saya balik kelate besok.."sempat lagi budak pempuan yg pakai Satria putih cam aku tu bgtau.."Ok,saya nak balik Perak,sekarang nii..jumpa lagi nanti"aku lak balas sambil bersalaman.

Dari Tol Elite Subang Jaya ke Sg Buloh jem.Nasib abang aku ada so,tak boring boleh sembang2 kalau tak memang aku balik sorang tapi pagi2 lepas sahur.Sampai kat R&R Rawang tepat kul 7ptg.Manusia huhhh..punya la ramai.Nak cari seat nak duduk pun takde..tp alhamdulillah, akhirnya dapat gak tempat.Aku tak stop lama kat situ,terus jalan,dan pastu cuma berhenti solat jamak magrib n Isya kat Ladang Bikam.Kat situ pun parking jem so abang aku gi solat dulu.Kereta memang banyak di jalan namun bergerak lancar.tak lama bergerak dengar dah dengkuran orang sebelah adoiii..abang aku lelap rupe nyerrr..best nye dia,dapat adik cam aku,tak merungut bile kene drive hahaha...Hujan ribut sepanjang jalan abang tak sedar..adoiii!Sedar2 kul 10.30mlm dah sampai ke destinasi.Alhamdulillah...!

Hari ini Sabtu,27hb Sept.08-aku bangun lewat sebab takde orang kejutkan dan mungkin diorang faham aku keletihan.Sayang aku pun tak sms laii cam selalu.Pagi ini aku tau banyak tugas menanti aku.Mula2 aku kene cuci tingkap..ada 30buah tingkap kene bersihkan.than 6 buah kipas dinding lak mesti dibersihkan..adoiiii!Kene gak buat kalu tak sape nak buat?hmmm...rutin tahunan aku hehe..Adik aku cam biasa duk mengusik aku.Sibuk dia bgtau aku..kalau tutup pintu umah tanda ada orang sahur siang haha,,kalau pintu umah buka..semua sahur subuh, hahaha..perli aku dia niii!Abis semua keje..ntah camne aku leh lena terus..tpi aku memang penat sgt,sgt2 penat. Lebih kurang pukul 5 aku tersedar.Aduhh ada keje lagi menunggu iaitu pasang langsir tingkat atas lak..huhu..pastu tolong masukkan biskut dalam balang.Adik aku siap sound aku..'setiap balang mesti penuh,kalau kurang mesti ada org masuk mulut 'hahaha...dia memang kelakar.Aku gak jd mangsa dia haha...Plannya petang ini aku nak pasang panjut..hmmm pelita tapi abang aku yang janji nak bawa diesel tak sampai gak..so postpone esok jer!Jelesnya aku tengok umah abang kat depan tuu..pasang pelita cantiknya...baru terasa nak raya!Kalau kat USJ apa suasana begini takde lansung,yang ada orang ramai gi sembahyang terawih.Sayang aku lak, dah mula ajak aku pegi tempat dia..nunnn jauh di sana...adoiii..penat,xleh la.. sabo2 lah dulu..nanti2 lahhh..itu je aku dapat kata.harap2 dia faham ekkk!

Esok masih ada keje menunggu aku.Dapor umah belakang kena bersihkan.Guna area dapur tu pun setahun sekali so,bersihkan pun setahun sekali lah dan orang yang bersihkan aku lah jugak huhuhu...Takpe lahhh..hidup biar berbakti huhu..pastu kena cuci bilik air..sehari sebelum raya mula la sibuk nakgi pasar n memasak..hmmm malam raya baru semua balik.So bermula lah raya,awal pagi gi kubur solat raya than aktiviti seterusnya bermaaf-maafan...n apa lagi kolek duit raya huhu..aku pasti gak dapat..Cayalah!

So,sekali lagi aku ucapkan Selamat Hari Raya...Maaf Zahir Batin,yang drive tu berhati-hati ya.Untuk mell, Raya kat mana pun sama jerr..cuma juadah lain2 kut n jauh dari family tu..biasalah dugaan.

Ikhlas dari Bell.
*Drive carefully,ingat org trsayang..


No comments: