Monday, September 15, 2008

Sejenak ku merenung diri...

~BISMILLAHIRAHMANIRAHIM~

Bila ALLAH Makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA lambat Memakbulkan Doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka DIA Merancang Sesuatu yang Lebih Baik Untukmu...Oleh itu,Sentiasa Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua keadaan Pun...Kerana kasih Sayang ALLAH itu mendahului kemurkaan Nya..

Mesej diatas aku terima dari temanku di hening subuh Ramadhan yg penuh keberkatan ini untuk renungan Kita bersama.

Dan untuk diriku,hidupku.. aku sentiasa mengingatkan diri,hatiku,jiwaku sebagai insan yang tidak pernah sempurna,yang lemah lagi serba kekurangan juga hina ini...

Hidup Bukan Untuk Dipuji,Hidup Biar Memberi Erti Walaupun Dikeji..Tidak di Mengerti Bukan Bererti Jiwa turut Mati Biarpun hakikatnya Bagai Separuh Mati lelah Membangunkan Diri...Dan Aku Tekad 'Hidup Biar Berbakti Walaupun Tak Di puji...'.

Pada Mu ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengetahui, Ampuni Dosa hambamu ini, Jadikan Sebaik-baik Amalanku Dipenghujungnya,Jadikan Sebaik-baik Usiaku Di akhirnya dan Jadikan Sebaik-baik Masa Sewaktu Aku Bertemu dengan MU..Amin!

~Ikhlas Dari BeLL
*Yg Ku beri Kasih Seikhlas hati andai itu di salah erti,Dimana silapku lagi...?

No comments: