Monday, September 8, 2008

Don't Worry,Be Hepi....


~BISMILLAHIRAHMANIRAHIM~


Sebelum memulakan aper2 kat sini aku nak tulis satu cerita,yang aku dapat dari sebuah buku yang mana harap2 dapat membuka minda dan keyakinan diri kita bersama.

Pernah berlaku dimana seorang wanita muda telah menghidap sejenis penyakit kulit pada wajahnya yang menjadikan beliau kelihatan hodoh dan menjadi perhatian orang ramai bila beliau keluar dari rumah untuk berjalan-jalan.Oleh kerana malu dengan ejekan masyarakat diluar akhirnya wanita ini selalu menangis dan merasa rendah diri.Dan beliau mengambil keputusan untuk mengurung diri dalam rumah sahaja.Tapi berapa lamakah dia boleh mengurungkan diri begini?Setelah beberapa lama wanita ini melihat wajahnya di cermin dan mula bertanya pada dirinya sendiri,'Jika aku ada masalah kulit pada wajah sehingga hodoh begini dan orang ramai sering melihat wajah aku sewaktu aku berjalan-jalan keluar dari rumah,adakah ini masalah aku atau masalah mereka? Siapa yang mencari masalah..?' soalnya pada diri.

Sekali soalan di ulang kembali,"adakah ini masalah aku atau masalah mereka?"

Setelah memikir sejenak,tiba2 beliau terus mencapai sepatunya dan terus keluar dari rumahnya sambail berteriak, "Ini bukan masalah aku tapi masalah mereka(org ramai yg melihatnya).." .Beliau tersenyum riang, berjalan kesana kemari tanpa mempedulikan orang ramai yang memandang padanya.Sekarang wanita itu sedar yang bermasalah adalah org ramai yg memandangnya tapi bukan dirinya.

Setelah hidup wanita itu kembali seperti manusia yang normal, beliau tidak takut dengan mata yang memandang nya.Dan kerana fikirannya yang positif itulah lama-kelamaan kulitnya wajah nya mula sembuh dan pulih seperti sedia kala.

Apakah pelajaran yang kita dapat dari cerita wanita ini? Sebenarnya,Jika kita perhati kehidupan kita seharian,banyak perkara yang kita katakan masalah sebenarnya ia bukan masalah!Bahkan kita sepatutnya percaya dan yakin yang kita sebenarnya tiada masalah tapi banyak alasan. Kita sebenarnya perlu yakin dengan apa yang kita mahu lakukan,percaya pada diri sendiri,tahu apa yang diri kita mahu.Kita perlu belajar dan yakin berkata 'NO/TIDAK BOLEH' pada sesuatu yang kita rasa akan membebankan kita.Kalau kita tidak mampu atau tidak boleh buat,katakan saja 'TIDAK'.Bermasalah kah untuk kita untuk mengeluarkan kata- kata begini pada orang lain,Semata-mata untuk kebaikan diri kita? Dan cuba fikir, kalau kita mengata 'YES/YA' sedangkan kita tahu itu amat membebankan kita,atau kita memang tak suka sama sekali pada sesuatu itu.Tidakkah itu menipu diri sendiri dan menyusahkan diri. Untuk mengurangkan tekanan atau stress,belajar lah untuk berkata'TIDAK BOLEH' jika benar sesuatu perkara itu boleh membebankan diri kita.Yakin dengan apa yang kita mahu dan apa yang kita mampu selalulah berfikiran positif.Cuba kita fikirkan apa yang sepatutnya kita fikirkan kalau;

1.kalau kita di fitnah,di hina dan di caci- Bagaimana reaksi kita?sedih menangis,kan? Kalau kita betul2 sedar ini bukan masalah kita tapi masalah orang yg sakit hati dengan kita.Dan patutnya kita hepi kerana pahala mereka itu dapat pada kita dan orang yg hina,fitnah dan caci kita sepatutnya dapat apa,mereka berdosakan? So kenapa kita nak sedih2 yang sakit jiwa sepatutnya mereka bukan kita!Forget its!

2.Bila kita kena marah- kena marah dengan boss,kawan2 atau keluarga,alah biasa lah.kalau kita positif kita katakan ini adalah peluang utk kita bina diri dari kritikan bukannya menjatuhkan diri kita.Buktikan yang kita bukan seperti yg mereka marah atau katakan.Ini Peluang untuk kita ubah sikap yang tidak baik dan tidak di sukai orang.Mereka marah kerana mereka caring!

3.Jika kita di timpa sakit- adakah perlu kita mengeluh,mangadu damba, down, bersedih, kecewa, putus asa?Kalau kita fikir positif,kita patutnya bersyukur pada ALlah kerana penyakit itu penawar bagi dosa,diberi peluang oleh Allah untuk bertaubat,membuat amal ibadat sebelum sesuatu yg lebih teruk trjadi.Subhanallah!Ya lebih penting bersabar dengan ujian Allah ini.Alhamdulillah!

4.Jika kita di buang kerja- memang lah kita bersedih tapi alangkah baiknya kalau kita positif kita kan mencari kerja yang lebih baik dari itu.Peluang untuk belajar lagi dan bawa pengalaman lama ke tempat baru.Bila kita dibuang kerja syarikat yang ada masalah untuk cari penganti bukan masalah kita lagi disitu.Yang kita perlu ada ialah persediaan untuk pertingkatkan diri dari segi ilmu dan kemahiran.Gambatte..!!

Lihatlah,dari cerita wanita tadi kita dapat bezakan masalah kita dan masalah orang lain. Membezakan yang masalah atau bukan masalah atau sendiri mahu cari masalah.Kalau kita sedar dengan semua ini Insyaallah kita kan bahgia dalam hidup ini.Yang jelas masalah kekadang itu adalah mainan perasaan/fikiran.Kata seorang bijak pandai, 'Jika anda menganggap yang yg anda sebenarnya tidak ada masalah maka percayalah anda sebenarnya tidak ada masalah.Walaupun orang lain menganggapnya masalah!'

~'Don't worry,Be happy..'~

Benar kita memang perlu hepi selalu,kenapa nak berduka pada saat kita perlu hepi?Ramai orang mendapat penyakit tekanan jiwa atau stress kerana terlalu bimbang dan terlalu takut terjadi sesuatu perkara yang buruk,sedangkan ia belum terjadi dan kekadang tak mungkin terjadi sebagaimana yang kita takutkan yang sebenarnya takkan berlaku apa-apa!!Kadang2 hingga tak tidur malam kerana kita takutkan sesuatu atau fikirkan sesuatu yang buruk hingga jatuh sakit, tidak lena tidur sedangkan itu hanya khayalan.Kalau orang mengata kita adakah kita akan mati kerana itu?Percayalah sebenarnya apa yang kita bimbangkan itu takkan terjadi ini adalah kajian dari pakar2 motivasi. Yakinlah dengan diri sendiri dengan mengenal pasti kelemahan dan kekuatan diri sendiri.Jika kita takut tempat tinggi atau takut dengan lautan yang dalam maka tak usah lah kita mencari pekerjaan yg kita sendiri tahu pekerjaan di tempat sebegitu boleh buat kita sentiasa dlm kebimbangan dan takut.Ini satu contoh untuk kita tahu bagaimana untuk mengelakkan kesusahan dan masalah pada diri.Jangan terlalu bimbang dengan sesuatu perkara yang kita sendiri tidak tahu.Disamping berhati-hati,Tawakal lah pada Allah sentiasa,itulah penyudah ketenangan setelah kita berusaha.yang perlu diingat;

'jangan bohong diri sendiri,Kita sebenarnya adalah apa yang kita fikirkan..'
dan
'Jangan kita mezalimi diri sendiri,kasihanlah pada diri..kerana bahagia itu ada dalam diri '


Ikhlas dari BeLL
*Rujukan dari buku Amalan bagi mnjauhkan kesusahan hidup.
*Coretan ini di dedikasikan buat teman2 yang ku kasihi, utk adik yg di sayangi Mellisa,jg utk diri sndiri
I Love u all..

No comments: