Awak,kenapa awak menangis lagi? kan saya dah kata dalam hidup ini kita mesti kuat,kita mesti selalu tabah dan sabar menghadapi dugaan yang tiba.Hidup ini ada pasang surutnya,ada terik dan mendungnya,ada suka dan dukanya. Bukan diri kita saja di duga,semua orang ada dugaan dan ujian masing2 dalam kehidupan ini, samada kuat atau tidak adalah atas diri kita sendiri, samada menerima secara positif atau negatif,kita sendiri yang akan menanggungnya.Inilah kehidupan,awak.
Awak,jangan sesekali awak salahkan diri sendiri atau menyesal dengan perkara-perkara yang dah berlalu.Yang terjadi biarlah terjadi..dah tak boleh buat apa lagi kecuali kita menerima kenyataan dan berani bertanggungjawab dengan apa yang kita dah buat..menyalahkan diri sendiri bukan cara yang terbaik,malah itu lebih merosakkan jiwa,memberi tekanan perasaan yang akhirnya kan membawa kepada kemudratan diri sendiri dan bila kesihatan terganggu macam2 penyakit akan mudah datang..dengarlah dan percayalah kata2 ini.Kata2 dari orang yang awak kata sayang ini.saya sayangkan awak sebab itu saya sendiri tak mahu awak 'down'. Bila awak sedih saya turut sedih,bila kita sama sedih bermakna 'hujan kan turun nyaris2 banjir..'haha
Awak,hidup ini sememangnya begini 'langit takkan selalu cerah' namun itu tak bermakna yang ia akan sentiasa mendung..yang penting kita sentiasa bersedia,berani dan tak mengalah dengan cabaran atau ujian yang tiba.Tenangkan diri selalu,Tuhan itu tidak kejam..apa jua dugaan itu ada hikmahnya namun kita perlu ingat jua jangan cuba mencari masalah dalam hidup ini.
Awak,saya ingin melihat awak terus bahagia seperti selalu, bahagia dijalan yang awak pilih. Jangan lagi ada duka,saya tak suka melihat awak menangis,Senyumlah untuk diri sendiri dan dunia di sekeliling awak.Percaya pada diri sendiri,percaya kepada apa yang awak inginkan,Saya kan sentiasa ada untuk awak,selalu..selagi ada hayat ini,selagi awak perlukan saya.Semalam sudah menjadi kenangan,Esok kita belum tahu apa yang akan terjadi dan hari ini kita cuba hadapi dengan tabah dan berani biarpun ada waktu kita rebah juga ke bumi namun jangan putus asa,bangunlah sebelum kita lemah.jaga diri,apa yang saya katakan ini kerana saya sayang awak.Apapun dalam hidup ini jangan lupa Tuhan,bersyukurlah dalam susah mahupun senang.
-BeLL-




2 comments:
jangan ada tangis lagi... Please come back!! we missed yr writing..
Sorii..tak dpt brkata apa lg,tak trsusun ayat,tak terluah jiwa..
sendu yg menemani dlm saat2 bgini.
doakan kesejahteraan,insyaallah..!
-bell-
Post a Comment