Saturday, November 15, 2008

Aku ingin terus ada bahagia..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM



Ku cuba melayari hariku

dalam sabar walau pun ada debaran
ku cuba berjuang untuk tidak kalah
lalu kupertaruhkan bahagia
biarpun antara hidup dan mati
aku akan terus ada dalam senyum

Aku cuba meniti hari2ku dalam tabah
biarpun hati kecilku selalu menjerit
tidak mahu tunduk dengan takdir
tapi mana kekuatanku dibandingkan kuasaNya
Aku masih ada bahagia dan ingin terus bahagia
aku ingin ada indahnya hidup ini bersama dia
aku ingin terus berlari tanpa di kejari bayangan
aku akan terus seperti dulu,terus berjuang dlm diri
mencari jalan keluar antara belukar yang melukakan
aku ingin pastikan yg aku tidak pernah kecundang
membangun diri untuk terus ada untuknya
memberi kekuatan dalam rajukku yang panjang
aku ingin terus ada bahagia sentiasa dgn nya
dalam luka yang ku rasai,duka yang diam

Tuhan,berikan aku waktu sedikit lagi
untukku kongsi bahagia ini dengan nya
biarpun disebalik senyum dan tawa ada duka
tapi itu tanda bahagia yang ku inginkan
aku ingin memberikan yang terbaik
pada diriku padanya dan pada semua
biarpun dipinggir duka dan luka didlm diri
disebalik perjuangan antara hidup dan mati
aku ingin terus ada untuk memberi bahagia...



Bell.


HIDUP BIAR BERBAKTI WALAU TAK DIPUJI

No comments: