BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Hebat sungguh dugaan Allah ini hingga tak mampu aku mengucapkan kata apalagi.Termenung tidak menjadi apa,menangis berdarah sekalipun semuanya takkan kembali seperti semalam yg pergi.Tertanya juga diri ini,mengapa aku yang diduga lagi dan lagi bukan dia atau mereka tapi aku..Namun sebagai hamba Allah,aku tetap pasrah dengan ketentuan ini..Apalagi yang dapat aku katakan kecuali menerima qada dan qadar ini sebaik mungkin biarpun lelah dan sendu di hati masih menyelubungi diri ini.Hidup dan mati ketentuan Illahi..hari kelmarin dia dan mereka yang terpilih oleh ketentuan Nya,esok lusa entah2 aku yang pergi siapa yang tahu kecuali Allah.Begitu juga pergi nya insan2 yang aku sayang, satu demi satu di jemput Illahi kerana mereka disayangi Nya kerana mereka orang yg baik2..6bulan 7hari baru lagi terasa kepergian Allahyarham Abang ipar aku Allahyarham Hj Mohd Nordin kerana luekimia dan tanpa dijangka ia disusuli oleh isterinya yang tersayang iaitu kakak aku Allahyarhamah Hajah Noraini hanya kerana sesak nafas dihadapan keluarga dan aku sendirI.Dua insan yang umpama ibu dan ayah buatku,kemana jua akulah pemandu @PA mereka.Dua insan yang tak pernah berpisah kemana jua bersama,yang digelar loving couples dikalangan teman2 dan jiran2 mereka.Muga mereka ditemukan oleh Allah dialam yang baru dan lagi kekal itu.
Dan bagaimana berat aku sekeluarga menerima kenyataan yang disahkan oleh doktor hanya Allah yang tahu..21hb Nov.2008,jam 4.10am di USJ 2o, Dia insan yang aku sayang,dialah kakak,dialah teman,dialah ibu buatku, pergi selamanya dan takkan kembali.Biarpun berat aku sekeluarga menerima dan memikul dugaan ini,namun aku akur..setiap yang hidup pasti mati..bila dan dimana hanya Allah yg tahu.Moga roh mereka di cucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan insan2 yg di rahmati Allah.Amin!
Semalam seperti baru berlalu
tinggalkan aku sendiri
aku bagai dialam mimpi
pedih menerima kenyataan ini
namun terpaksa kusahut jua
dalam rebah dan sengsara yg masih terluka
aku diduga sehebat ini lagi
bergelung resah dan airmata
tersiksa jiwa pedih menusup
kenapa mesti mereka yang pergi..
kenapa dia pergi dulu dari ku..
kenapa mesti tinggalkan aku..
kenapa mereka yang terpilih..
kenapa insan yang ku sayang..
dan kenapa bukan aku..
Tuhan,
Hebat sungguh dugaan Mu ini
maafkan aku dengan persoalanku
bukan tidak menerima segala ketentuan Mu
malah aku redha dan pasrah
mereka itu milikmu seperti aku
tiba masa semuanya kan pergi jua
dan aku pasti jua menyusul..
dalam sedar dan alpa
menerima semuanya seada mungkin
Hidup dan mati itu milik Mu
semuanya itu ketentuan Illahi
tiada daya dan kekuatan bagiku
menolak segala takdir Mu..
BeLL
aku bagai dialam mimpi
pedih menerima kenyataan ini
namun terpaksa kusahut jua
dalam rebah dan sengsara yg masih terluka
aku diduga sehebat ini lagi
bergelung resah dan airmata
tersiksa jiwa pedih menusup
kenapa mesti mereka yang pergi..
kenapa dia pergi dulu dari ku..
kenapa mesti tinggalkan aku..
kenapa mereka yang terpilih..
kenapa insan yang ku sayang..
dan kenapa bukan aku..
Tuhan,
Hebat sungguh dugaan Mu ini
maafkan aku dengan persoalanku
bukan tidak menerima segala ketentuan Mu
malah aku redha dan pasrah
mereka itu milikmu seperti aku
tiba masa semuanya kan pergi jua
dan aku pasti jua menyusul..
dalam sedar dan alpa
menerima semuanya seada mungkin
Hidup dan mati itu milik Mu
semuanya itu ketentuan Illahi
tiada daya dan kekuatan bagiku
menolak segala takdir Mu..
BeLL
HIDUP BIAR BERBAKTI WALAU TAK DIPUJI




No comments:
Post a Comment