Monday, November 17, 2008

HIDUP INI..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Perjalanan hidup ini bukan seperti yang kita bayangkan,bukan seperti yang kita impikan indah sentiasa.Benar,apa yang kita lalui sekarang ini adalah sebuah kehidupan yang ada pasang surutnya ada suka dukanya,ada mendung dan teriknya mentari.Hidup yang sentiasa di uji oleh Allah,maka kekuatanlah menjadi segala bentengnya.Aku sering bertanya pada diri ku 'apakah aku perlu kalah dengan dugaan hidup ini..?kalah dalam mengejar impianku di penghujung kehidupan ini..?'.Aku sedar yang Tuhan itu tidak pernah ada sifat kejam untuk merampas segalanya dari kita tanpa sebab dan sebagai manusia dalam rebah dan bangun hidup ini kita perlu cuba untuk meneruskan perjalanan hidup ini biarpun lelah hidup kita di tahap kritikal, semput menahan nafas antara hidup dan mati,umpama bertarung nyawa agar kita tidak kalah meneruskan hidup biarpun ada luka ditusuk duri.Dan kita perlu sedar yang setiap hela nafas ini adalah dengan izin Nya jua dan kita ini milik Nya jua.

Setiap orang ada ujian yang Allah berikan..maka rasa sabar dan tabah itu perlu ada untuk menghadapi dugaan kehidupan ini.Aku sendiri tahu..aku perlu tenang dan sering berdoa pada Nya,tak pernah putus asa berdoa biar bagaimana pun rupaku.Kita,jangan ada rasa putus asa dalam mengejar dan mengecapi bahagia ini,biar pun ia di penghujung rindu.Kekuatan dan semangat perlu ada dalam diri dan kekuatan perlu kekal terutama untuk orang yang kita sayang.. pada orang yang menyayangi kita,berikan kata2 semangat biar kita tidak terhumban ke lembah yang lebih hina,mati sebelum tiba ajal.Mati tanpa ada pesan.Mati,semua orang akan mati tidak seorangpun akan berkecuali.Bila dan dimana hanya Allah yang memegang rahsianya. Samada masa yang dekat masa yang panjang biar Allah yang tentukan kerana itu sememangnya begitu,'Jodo
h dan maut ditangan Tuhan',kita manusia mesti tawakal dan redha dengan qada dan qadarnya.Hadapilah kehidupan ini dengan tenang tanpa ada rasa tertekan atau dlm keterpaksaan.

Untuk mummy dan family,semuga tabah mengharungi ujian Allah ini.Biarpun ramai org yg kita sayangi pergi satu demi satu tinggalkan kita samada berpisah mati atau hidup..Jangan sesekali kita lupa pada ketentuan Tuhan.Doktor itu bukan Tuhan ,dia juga hamba Allah seperti kita.Apapun yg dikata itu menurut kepakaran mereka selebihnya kuasa Tuhan.Samada aku yang pergi dulu ,dia,kamu atau mereka atau sesiapa jua redhalah.Teruskan hidup ini seindahnya biasa...Tawakallah!Hadapi segalanya dengan senyuman dan iktibar.

Buat yang tersayang,muga bahagia itu terus mnjadi milikmu.Jangan ada duka antara kita.Bahagia itu ada dihati ada di mana2,kekal selamanya...insyaallah!tabah dan sabar melalui dugaan ini..muga bahagia kita kekal selamanya.


Bell



HIDUP BIAR BERBAKTI WALAU TAK DIPUJI

No comments: