Sunday, October 26, 2008

kerana cintaku disitu....

Bismillahirahmanirahim

Bagaimana aku harus pergi..

dikala dilambai masa,
menurut kehendak yang tertulis
apakah benar aku harus tinggalkan..
realiti yang bukan kupinta
Tanpa sempat kupetik kuntuman bunga
namun bukan derita yang ingin ku rasa
kuingin tinggalkan bahagia yang kekal mewangi
biar seri haruman kasturi kekal selamanya
sebagai hadiah terakhir tanda cinta

kerana cintaku disitu...
haruskah ku menyimpan beban
mampukah aku bersuara untuk kali ini
terus pergi bila rindu itu menyahut
bagaimana untuk kubuka kata
biarpun mereka itu bukan Tuhan
mestikah aku rebah dalam sayu
saat kukata rindu yang sendu
jauh angan ku untuk pergi
kerana cintaku disitu...
untuk ku sedar yang kasih takkan berubah
perlukah ku pesan pada hati..
kerana kasih ku disitu...
tak terluahkan kata bila datang hiba
hanya renungan mata yang berkaca
mengeletar bibir bergoncang dada
saat aku rasa mahu berteriak
pada jiwa yang belum mengerti
pada wajah2 yang tersayang
pada hati yang kutawan
pada dia..ya dia...

ada kenangan dlm jiwa
yang lama tersimpan disudut hati
biar makin hari makin brdarah
ku tabah menghulur bahagia
kerana cintaku disitu...
tak terusik dengan sentuhan
lembut pandangan penuh sayu
bila ada kasih yang menyelimuti
aku rasa selesa dalam pesona
berat melangkah terasa dipaku
kerana cintaku disitu...
perlukah ada ucap selamat tinggal
sebagai penamat kisah bicara
tersilap katakan bawa resah
padah pada jiwa yang merajuk
bagaimana nak kudamaikan diri
kalau ada yang terluka hati
sanggupkah kubiar cintaku disitu
aduhh..kenapa aku jadi sibisu
terus lesu membuka bicara
yang ada pandangan kosong
menemani jiwa pilu..
yang akhir membawa pesan
jangan gentar bila diuji
hidup memang begitu
aku mesti ceria
terus TABAH..

BeLL
*saat lena ku yg memanjang...

No comments: