Saturday, October 25, 2008

Gelap bersuluh..Panas berteduh..

Bismillahirahmanirahim
Tika aku mencari diri,aku pasrah membawa hati.Mana hilang jati diri yang aku kan pegang pada janji,aku sudah tidak peduli..Kemana lagi ingin ku lari,aku mesti pergi..biarpun ada rasa hiba di hati tapi bila hati sudah dilukai itu tiada membawa erti.Gelap pandangan ,ku toleh kanan dan kiri,entah siapa yang mengerti..Adakah yang akan memahami,retaknya kasih ku berdarah di hati,luka terhiris bagaikan bawa mati.kerana kata itu ku diracuni,dan aku yang terkorban dan berkorban antara dua hati yang dulunya bahagia secerah mentari.Adakah kau rasa apa yg aku deritai kembara di bumi asing tanpa peduli.. dan Bila gelapku mula bersuluh dengan satu kata yang buat hatiku luluh,di saat bisikan itu ku dengar hidup ini jangan banyak mengeluh..teruskan langkah,hati jangan kejam pada diri, pemikiran perlu kukuh..
dan..
Tika aku membawa rasa,diri memendam luka menjeruk duka.Kecewa,hampa bagai berderainya kaca,hati dicalar dengan kata.Tika aku dikejar bayang masa lalu aku cuba menyepi tanpa cinta, cuba lari dari derita kerana bagiku cinta hanyakan bawa kecewa,kerana aku benar2 cinta,aku benar sayang namun apa yg ku kata bagai kosong tak berharga lalu pedulilah apa kata mereka..aku tetap pendam kata,aku kan tetap menyimpan rahsia..Dalam pencarian yang mencari teduh dari panasku, dalam meneruskan perjalanan digelapku yang ingin bersuluh..Aku tertanya mana hilang rendangnya pohon,aku bagai di bumi gersang ketandusan.Mana pergi nya cahaya malam dikelam pekat..yang membuat aku lara..
Disaat panasku ditemani gerimis, saat gelap ku yang dingin di buai bayu lalu aku tekad tak mahu diri terus hilang lalu ku cari cahaya dan rendang.. biar dalam intai gelap malam,walau di bahang panas mentari..bila gelap ku bersuluh..panasku berteduh..aku adalah aku.yang di suluh cahaya kasih Nya dan di teduh redup mentari di balik awan.Terimakasih Tuhan.. mengirimkan rasa kasih dan sayang bersama Dia di penghujung hela nafasku ini, lalu ku kutip erti bahagia satu persatu dengan ada rasa rindu tersisip dihatinya yg tak jemu bertamu membawa ceris dan bahagia..
aku sedar kini..suluhmu penuh sayang,redup mu penuh cinta..kerana itu aku terpilih untuk diuji dan aku mula mengerti apa itu SYUKUR & SABAR Di dalam diri.

~BeLL~
hati jgn terus mati,kerana ada yg mengasihi
ku pujuk hati disaat terasa mahu rebah ke bumi

No comments: