Wednesday, October 29, 2008

katakan saja!







Telah lama perasaan itu di situ,
rapi tersimpan,
tak mahu aku ungkaikan
bimbang hatimu telah dimiliki,
tiada ruang untuk kasihku,
lalu, aku hanya terus berdiam...

hari berganti, masa berubah,
kau kelihatan jauh dariku,
namun bukan dari hatiku,
tidak aku pisahkan namamu dari ingatanku,
kau tetap dalam diri ini,
percayalah, sayangku ini memang untukmu.

Ku menyusun kata kata indah itu,
menyulam bait-bait dari hati ini,
aku ingin kau dengar suara kasihku,
bicara cinta yang jujur dariku,
dan aku tak mahu lagi berdiam,
aku mahu jujur dengan hatiku...

dan..
bila kau ucapkan sayang itu,
hati ini yang paling bahagia,
seakan aku berdiri di puncak dunia,
menggapai awan yang indah itu,
memeluk bintang suci bertaburan di langit malam.

Lama sudah aku nanti,
menanti kata itu muncul,
menanti ia lahir dari hati yang ikhlas,
untuk nyatakan bahawa hanya aku yang kau cinta,
aku yang kau kasih...
dan tempatku di hatimu.

Hari ini,
sayang dan kasihmu tertulis untukku,
dan janjiku hanya untukmu,
terima kasih cinta!
kerana jadikan aku insan yang paling bertuah!

~dedikasi istimewa untuk S+E, semoga kalian berbahagia!~

-mell-

No comments: