BismillahirahmanirahimKu ucapkan padamu
selamat sejahtera selalu
dalam hidup dikedewasaan mu
diwaktu kau mencari bahagia itu
ku ingin kau selalu tahu
aku ada disini untukmu
apa jua yang kau mahu
aku akan cuba membantu
membawa bahagia untukmu
Ku ucapkan padamu disini
selamat berbahagia dalam hidup ini
di jejak yang kau langkahi
Sudah banyak yang kau pelajari
dalam teguh dan rebah diri
kau tahu siapa yang kau cari
pastikan kau takkan hampakan diri
jangan biar dirimu diulitsepi
hidup ini kekadang rasa sunyi
memberontak bila ada rasa benci
jangan kau tangisi bila disakiti
hidup sememangnya begini
ada kala disusuk duri
tabahkan hati aku kan ada disini
di saat kau ingin ditemani
walaupun itu bukan janji
ku kan cuba memberi
untuk mu bahagia ini
Ucapku padamu seikhlasnya dari kalbu
jangan lagi kau ada sendu
aku kan tetap aku
seperti yang kau kenal dulu
mungkin kutahu apa yang kau mahu
kan ku titip doa selalu
muga bahagia sentiasa ada untukmu
selama nya begitu
dan aku kan cuba ada disitu
membawa bahagia untukmu..
Ikhlas dari BeLL.
*Gambatte....!!
*Gambatte....!!




No comments:
Post a Comment