Sunday, January 11, 2009

bila rasamu..rasaku..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Sahabat,
salam sejahtera buat awak...

Telah lama saya menunggu awak menulis namun berkali juga saya seperti dikecewakan namun saya bukan manusia yang cepat berputus asa kerana pada saya..untuk mendapatkan sesuatu kita mesti mencari,berusaha mendapatkannya..Semuanya dengan izin Allah.Apa yang kita mahukan kita mesti usaha..bahagia tidakkan datang sendiri andai kita hanya berdiam diri, orang lain takkan tahu yang kita menyayanginya andainya kita membisu.....Saya cube menghubungi awak,biarpun deringan itu kedengaran tapi taak dijawab..jangan begitu awak!Awak tak boleh kejam begitu...nanti hati sendiri yang sakit...!Awak kena kuat seperti selalu..dan awak kena ingat awak kena mengubahnya!!!awak....
'Puisi yang indah bukan bergantung pada pena nya tapi penulisnya...
kejayaan bukan bergantung pada trek/jalannya tapi pelarinya...'

Awak,sekali lagi saya rasa terharu dengan apa yang awak luahkan 'umah gelap' awak tu...Kekadang saya terfikir apakah yang awak tulis itu untuk saya?Maafkan saya kalau berperasaan dan ber'perasan' begitu..sebab ianya hampir dengan rasa saya saat ini dan yang sedang menimpa saya sekarang.Kekadang tertanya diri..'akukah itu?Hmmm..maafkan saya lagi...kalau itu bukan untuk saya tapi biarkan saya ber'perasan'...sebab apa yang saya rasa dan lalui hanya saya yang tahu...mungkin kebetulan andainya bukan...!
Awak,kenapa suara hati awak kali ini terlalu menyedihkan,kenapa terlalu menduka,kenapa awak biarkan terus diri awak jatuh longlai sebegitu...awak?Mana perginya keyakinan diri awak?Awak sedarkan pemikiran yang negatif sebegitu boleh menambahkan kesakitan awak?Sedarkah awak 75% daripada penyakit itu adalah tercetus dari diri sendiri?Jangan jadi manusia yang berputus asa awak...adakah awak ingat saya pernah menulis tentang 'Yang hidup mahu mati,yang mati mahu hidup..'?
Semua ini dugaan Allah!!!Allah menguji kerana Dia menyayangi kita..Hidup ini umpama cuaca, hari ini di beri Nya kita terik mentari,Esok mendung yang tiba pula..kalau tidak takde la peribahasa dulu2..'Kusangka panas sampai ke petang rupenya hujan di tengahari..' Redahlah dengan apa yang tiba..Semuanya dengan izin Allah.tapi kenapa kita masih mengeluh...?Carilah kekuatan awak,jangan terus layu bagai sayur dicelur lagi..Jangan biar sesiapapun melukakan hati awak,jangan biar sesiapapun membuat awak menangis kesedihan..
Awak,saya faham sakitnya hati di tinggal pergi dengan janji manis bermadu..bukan ini kali pertamakita dilukai,dikecewa...biarkan mereka dengan kepuraan mereka,dengan tidak keikhlasan mereka.Saya percaya dan yakin bahawa orang yang tidak ikhlas memberi hatinya itu sendirikan merasai apa yang kita rasai..hari ini mungkin dia bahagia,sedang bahagia..tapi percayalah pada hukum karma..'hari ini kamu diatas,esok lusa kamu dibawah..'bagaikan roda yg terus berputaran untuk hidup.Bukan saya mendoakan manusia yang mengecewakan orang itu menerima balasannya tapi itulah hakikat kehidupan...tiada manusia yang hidup nya tak diduga...sedang kan kita melangkah keluar dari rumahpun belum tentu tahu bila tetiba tayar kereta pancit,tetiba enjin mati...atau tahu yang kita akan di marahi boss atau kekawan..Namun kita mesti bersedia..Awakmungkin kata mudahnya saya berkata....Tidak awak..ianya tak mudah,bagaimana yang awak lalui sekarang itu yang sedang saya lalui..cuma saya tidak mahu membiarkan terus dihanyut emosi yang meracun saya..sakit awak sakit!!!! Kalau dah sakit kenapa biar terus sakit??Cari penawarnya..cari ubatnya awak!!Semua ada di fikiran awak..
'Seperti apa yang manusia fikir..itulah dirinya..'Awak percaya pada Allah kan?Adakah Allah itu sifat nya kejam?Dia menduga kerana kasihnya..Yakinlah pada diri awak sendiri.Jangan bodohkan diri awak sebegitu..Jangan kejam pada diri sendiri..kasihanilah hati yang mahukan kedamaian, ketenangan dan bahagiamu..kasihani pada bibir awak yang merah yang dibiarkan masam mencebik tanpa ada senyummm...!Senyumlah awak pada dunia ini..Bangunlah awak..!
Semalam membuatkan saya tersedar tentang kehidupan ini.Bila saya yang sedang melayan dukadan sendu ini tetiba saya menerima sms dari kakak saya.Smsnya seperti orang yang sudah terlalu putus asa melawan kansernya sedangkan sebelum ini dia tidak begini...
"Assalamualaikum,shatkah?Hati ini terlalu sayu..semlm sy menangis teringat arwah kak aini yang baru lagi tinggalkan kita,sy menangis..mungkin sy akan menjejaki dia tapi sy perlu kuat utk anak2 dan suami saya.."
Saya rasa sgt tersentuh dan tersentak juga dengan 'kata2 down' nya itu...saya pula faham dia perlukan sokongan dan saya adiknya perlu membantunya membangun semangat dirinya biarpun saya juga spt sayur kena celur huhu..lantas saya membalas sms kakak saya itu....
"Ingat Tuhan banyak2,usahkan orang seperti awak je rasa camtu..orang putus cintapun ada rasa nak mati..."
Sms aku tak dibalas tapi aku tau dia berfikir bukan dia je ada rasa camtu..orang kecewa semua rasa nak mati..huhu..cam yg awak rasalah..!Sok pagi2 lg saya pecut ke KL bawa emak bawa abang sekeluarga, menghadirkan diri untuk memberi sokongan pada kakak saya itu..dan hari ini pulang semula ke negeri asal saya dan esoksaya akan ke KL semula atas urusan kerja lagi tapi saya takkan mengeluh kepenatan..takkan sesekali..kerana itu cara saya cuba memberi bahagia nya dan keluarga saya..saya ikhlas memberi ianya tak perlu dibalas..biar Allah sahaja yang mengetahuinya pengorbanan diri ini yg hampir layu tapi terpaksa segarkan diri untuk org lain,org yang kita sayang..dari mana datang kekuatan itu semua..kalau bukan diri kita sendiriperlu mengubahnya..
Awak panjang saya tulis untuk awak.Apapun saya sentiasa ingati awak..saya takkan biarkan sahabat saya jatuh sebegini..bangunlah awak!!Awak,
'Jadikan diri awak esok yang lebih baik dari hari ini...
Kita yang menciptakan luka di hati kita..dan kita juga lah yang perlu keluar dari situ..'
Saya sayang awak dan awak perlu sayang diri awak juga!

BELL
Biarlah hari ini kita dikecewakan namun bukan bermakna jiwa kita jua mesti mati..'

No comments: