Thursday, January 29, 2009

buat renungan bersama...sahabatku

Bismillahirahmanirahim
~MARAH~
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah.Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun hal-hal yang kecil sahaja.

Pada satu hari bapanya telah menghadiahkannya seguni paku."untuk apa paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut."Setiapkali kamu marah,kamu pakulah tembok dihadapan rumah kita ini,bagi melepaskan kemarahan mu.."jawab ayahnya.

Pada hari pertama sahaja,pemuda tersebut telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok tersebut.

Selepas beberapa minggu,setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,jumlah paku yang digunakan berkurangan.Dia mendapati adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memerlukan dia memaku menembusi tembok tersebut.Akhirnya tiba pada satu hari dimana pemuda tersebut tidak marah,walau sekalipun.

Dia memberitahu ayahnya mengenai hal tersebut.Bapanya sangat gembira dan menyuruh pemuda tersebut mencabut paku-paku di tembok tersebut satu-persatu,pada hari yang di lalui tanpa rasa marah.

Hari berganti hari,akhirnya pemuda tersebut dapat berjaya mencabut kembali paku2 tersebut satu persatu.Setelah habis paku dicabut dari tembok tersebut pemuda tersebut memberitahu ayahnya dengan bangga.
Bapanya lantas memimpin tangan anaknya itu ke tembok tersebut dan berkata,
"Kau telah melakukannya dengan baik anakku,tapi kau lihatlah kesan lubang-lubang di tembok tersebut.Tembok itu tidak akan kelihatan sama seperti sebelumnya.Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah,ia akan meninggalkan luka dan parut,sama seperti ini.Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.tetapi,kau ingatlah anakku ,tak kisah berapakali kamu mohon maaf dan menyesal akan perbuatanmu maka luka luka tetap ada.Luka dihati lebih pedih dari luka fizikal"kata bapanya.
**-**
Untuk renungan kita bersama;

Sahabat adalah permata yang sukar dicari.Mereka yang membuat kau ketawa dan menggalakkan kamu kearah kejayaan.

sahabat adalah seorang pendengar,berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka kan hatinya untuk kita.

Berapa ramai antara kita boleh menjadi sahabat yg jujur?Mampukah kita memberi hati yg ikhlas buat teman kita..?Hargailah persahabatan yang dijalinkan dengan ikhlas.Jangan sampai sahabat kita pergi..baru kita ada rasa sayang dan rindu bila di tinggalkan.

Muga kita mampu menjadi yang sahabat yg baik ,insyaallah.

Mulai hari ini kita belajar memaafkan orang lain, belajar untuk tidak marah pada orang lain,biarpun orang marah pada kita tapi bersabarlah.Sabar dan tenang membawa kejayaan.Terima itu sebagai dugaan.

Buat Ash.,Thanks for the info,buat teman2 yg lain all the best n b gud always..
Terapkan keikhlasan dan kejujuran muga itu akan membawa kebahagiaan,ketenangan dan kejayaan dijiwa

BeLL
selalu membuat yg terbaik buat kamu.....

No comments: