BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Kehidupan adalah seumpama sebuah buku yang mempunyai tajuk,warna-warni,cerita suka dan cerita duka,ada pengetahuan..Ia mudah dibaca tapi kekadang sukar difahami.
******
Jika anda mengharapkan lebih banyak dari hidup ini anda akan mendapat kekecewaan.tetapi jika anda mengharapkan sederhana dalam lingkungan dan batas-batas kemampuan anda,maka anda akan merasa bahagia
******
Orang2 yang beruntung ialah mereka yang mengerjakan/melakukan sesuatu yang mereka senangi.
******
Kejayaan adalah dari 99% sikap mental.Ia memerlukan cinta,kegembiraan,optimis,harga diri,ketenangan,keseimbangan,imaginasi,kejujuran,kerendah diri,kesabaran dn semangat.
******
Berjalan beberapa langkah sahaja dengan seorang isteri/suami yang cerewet lebih meletihkan berbanding berjalan sepuluh kilometer dengan kekasih yang menyenangkan.
******
Kehidupan adalah satu papan catur,dan pemain yang melawannya adalah waktu.Jika anda ragu-ragu sebelum melangkah atau lalai untuk melangkah dengan segera,anak catur anda akan disapu dari ataspapan oleh waktu.Anda bermain melawan pesaing yang tidak memberi tolak ansur kepada ketidak kepastian.
******
Kehidupan akan berjalan dengan amat sederhana jika kita dapat menyingkirkan semua rasa bersalah dengan mudah.
******
Sungguh kuat dan perkasanya otak manusia namun ia boleh membangunkan dan merosakkan kecuali bila ia digunakan dalam keadaan hati yang tenang.
******
Orang yang berjaya tidak pernah takut pada kegagalan.Bahkan kegagalan adalah pelajaran terbaik buatnya Mereka tanamkan keyakinan yang bersikap positif.Mereka tidak mungkin berjaya andai perasaan takut pada kegagalan dan malu dibiarkan membayangi diri.
******
Orang yang sungguh-sungguh sedar tentang dirinya tentu mempunyai hubungan dengan kata hati 'AKU'..secara lebih meluas
******
Apa yang telah berlaku dari umurmu itu tidak ada gantinya.Dan apa yang telah berjaya kamu miliki dari umur itu tak ternilai harganya.
******
Kejayaan yang sebenar bukanlah kerana banyaknya harta dan kedudukan tetapi ketenangan jiwa dan keredhaan menerima dan melalui dugaan hidup.
******
Accept everything about yourself ,You are you and that is beginning and the ends,No apologies No regret
******
Bila manusia kehilangan dan ada rasa sepi, ia mula sedar yang ia memerlukan seseorang untuk membangunkan hidup ini semula
******
Life is a challenge-Meet It!Life is a song-Sing It! Life is a dream
-Realize it!Life is a game-Play it!Life is a Love-Enjoy it!
******
BeLL
ANDAI WAKTU DAPAT DIBELI,MAKA ITULAH BARANGAN PERTAMA YANG MESTI AKU BELI..




No comments:
Post a Comment