Sunday, January 4, 2009

Kenapa dan mengapa...

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
'ANDAI CINTA ITU DAPAT DIBELI,PASTI MANUSIA TIDAK AKAN TAHU APA ERTI KESEPIAN DAN KELUKAAN..'

'Blog ini akan ditutup..maaf..' itu yang aku baca bile blog itu aku buka,sebenarnya lama juga aku tak ke blog itu, tapi tetiba aritu aku rasa nak ke situ dan itu yang aku dapat..sayang seribu kali sayang 'kenapa dan mengapa..?' itu yang aku persoalkan...

"Tidak mahu kehilangan lagi.." itu jawapan yang aku dapat dari dia Tuan empunya blog.Aku sedih sangat sedih..hanya kerana CINTA dia jadi begitu namun aku amat faham dan amat mengerti CINTA boleh buat manusia jadi apa saja..ketawa hingga lupa dunia saat kita meniti bahagia..,menangis dan derita hingga mahu mati bila mula terluka..

Aku tak salahkan dia,dia memerlukan masa untuk bina diri dia semula.Cintanya telah bernoktah, dia telah ditinggalkan terus hingga tiada jalan lain lagi untuknya menyelesaikan masalahnya itu.. biarpun untuk menjadi 'kawan baik' untuk bekas pasangannya pun dah tak mampu!Hatinya benar2 terluka TAPI..

"kenapa hingga kau sanggup untuk menutup blog kau hanya kerana ini..?" aku mula bertanya atau umpama cuba memujuk sebab aku tidak puashati dengan tindakan dia.
"Disitu kenangan aku dan dia.." jawabnya ringkas.
Ya,memang benar tajuknya saja 'AKU DAN DIA..'.Hmmmmmm mengeluh panjang aku...
'Apa yang patut aku buat..?' aku sedih dan sangat simpati bila melihat setiap orang yang putus cinta dan sama seperti yang aku pernah rasa..aku faham rasa dia..terpaksa berpisah, terpaksa melalui hari2 yang sudah tidak sama seperti dulu lagi,kini dia sendirian tanpa yang tersayang.. tiada lagi ucapan manis 'selamat pagi..',atau ada yang bertanyakan 'watpe syg..?'walaupun ungkapan ringkas tp bermakna..'miss U..'
"Semua itu sudah tiada.." katanya pada aku. Aduhhhhhhhhh......Hanya orang yang melaluinya akan faham..pasti aku faham dan mengerti. Namun apapun SABAR biarpun perkataan ini mudah diungkap namun untuk melakukannya bukan perkara mudah tapi kalau tak sabar apa yang boleh kita buat?

"Ingat Tuhan banyak2 kawan" Itu yang aku katakan.Aku fahamkerana aku pernah dan seperti sedang melaluinya tapi aku sendiri tekad dan sedar aku tak boleh melawan kuasa Tuhan,yang aku boleh lakukan terus berkawan baik seperti biasa,aku cuba buat yang terbaik untuk orang yang aku sayang,Kerana aku tidak mahu kehilangan rasa kasih itu,terutama kebaikannya kerana antara kami tiada siapa yang salah kalau nak kata salah dua-dua salah.. so,takyah lah nak gaduh2 sebab sebelum ini tak pernah gaduh pun!Memang Tuhan saja yang tahu apa yang aku rasa..sepi yang bawa tangis..boleh bawa mati kalau tak SABAR.Dan aku harap Tuhan tidak terus menguji aku..aku takut aku kerana aku pernah kecewa dan boleh buat aku merana hingga ada rasa mahu mati cam dia

"Kau kuat.."kata dia pendek.

"Tak kita adalah sama.." kata aku lagi.

"kau terlalu baik pada orang.." kata dia lagi, sendu hati aku bila dia kata begitu..

"..kalau aku kata dan mengeluh..,sebab aku terlalu baiklah orang buat aku camni. ..?" aku mempersoalkan apa yang dia cakap."semua ini dugaan ...,kau mesti kuat..ini kehidupan ada pasang surut.."aku mula memujuk lagi.

"Aku faham sebab aku pun ada rasa kehilangan itu tapi tak ada sebab untuk rasa kehilangan dia, jadi aku cuba buat yg terbaik cam biasa untuk meneruskan hubungan ini. Aku buang yang negatif,pk yang baik2 demi untuk kebaikan relationship.. Aku dah tak mahu kehilangan org yg baik2 dlm kehidupan aku lagi biarpun aku tak memiliki tapi aku nak dia ada.. ini sedikit ujian dari Allah (bio pun rasa nak mati...).Aku akan lebih sakit dari apa aku rasa sekarang ini kalau kami putus dan bermasam muka sebab kami tak ada perasaan benci.. aku dan dia masih memerlukan walau dlm suasana yg lain..BERDOA " Panjang aku melontar suara hati.Sedangkan aku tahu bukan mudah utk memujuk diri se SABAR ini.

"Camne nak jadi seperti kau..?" dia bersuara.

"Jadi diri kau sendiri,cari apa yang kau mahu..Dia tinggalkan kau begitu sebab dia tidak bagus, Kau akan jumpa yang lebih bagus walau pun terpaksa menunggu di akhir hayat...SABAR lah..,Tuhan menguji sebab dia tahu kau STRONG..."kata aku.

"Aku takkan bercinta lagi..aku benci lelaki..benciii..!!!"Aduh dia seperti memberontak dlm diri.

"Dahlah tu..sabar k,"Balas aku.

"aku cube..." jawabnya ringkas

Tetiba...Dia OFFLINE...Aku terpaku...

'Apa jadi pada dia..?' aku terus tanya diri.. hingga kini tak ONLINE.tak tau dah nak cari mana...aku berdoa biar dia tabah,hanya org yang pernah dikecewakan tahu sakitnya KEHILANGAN CINTA..!!

Pada dia Tuan empunya blog..'jangan bersedih nanti ia kan menjadi racun..' sebenarnya itu yang aku ingin beritahu pada dia.

MENDAPATKAN CINTA MUNGKIN SEKEJAP SAHAJA TAPI UNTUK MELUPAKAN CINTA MEMAKAN MASA BERTAHUN LAMANYA..

BeLL.

*..TUHAN TAK PERNAH KEJAM, TP YG KEJAM ADALAH KITA SESAMA MANUSIA..

No comments: