Wednesday, January 21, 2009

Bila ku kembali..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Bila aku bersendiri
aku mula berkata pada hati
apakah penamat cerita adalah sepi..

dan bila aku mula mengerti
kehidupan ini penuh teka teki
tak terjawab dengan bahasa emosi
kecuali mencari dan memberi dengan tulus hati..

dan bila ku temu diriku sendiri
yang selama hilang dihanyut sepi
kukuatkan hati untuk kembali
akur pada cinta 3 musim ini..

Redha menerima takdir Illahi
semuanya ada cerita tersendiri
dan aku tak akan pernah berhenti
dengan rasa tulus ikhlas memberi
yang terbaik pada diri sendiri
dan pada yang kusayangi
muga diri ku dimengerti
hingga saat aku mati..

Berapa lama aku tak berpuisi..?Persoalan yang aku sendiri tak tahu nak jawab bila ada yang bertanya..Terima kasih pada teman2 yang bagi komen kat aku,yang menanti aku menulis.Aku sendiri beku,takde idea..ilang inspirasi..tak tau dh kemana pergi semua ini..mungkin dah di bawa terbang dan hanyut ke laut cina selatan...Tugasan yang sedang aku lakukan kan menghadkan waktu untuk mengadap laptop..namun itu bukan alasan yg semua org boleh terima,walau3-4 org bertanya kenapa tak menulis lagi terutama puisi,aku tak janji tp ada masa aku pasti menulis.Puisi dan penulisan ini jiwa aku mana mungkin aku padamkan semua ini.Jatuh bangun, bahgia dan suram ada disini..jiwaku disini.

Aritu bila aku jumpe 'F'' dia hanyut mati gan cinta sekerat jalannya,nangis2 depan aku..adoiiii!! Bila aku up..n up dia,pagi2 sms aku timakasih celikkan dia haha..'selama arini dia buta rupe nye..' hahaha...sori F.Sekarang jalan takyah bertongkat dah..huhu..Lain lak gan si W..siap cakap kat aku.."Bell,aku suke kau yang jiwang..nape tak tulis puisi lagi..cam dulu2?"Hah..aku lak kene layan feeling dia haha..abis feeling aku sape nak layan?Adoiii ..cam2 kawan2 aku ada..

Takkan korang tak sedar aku dah tukar bidang..mana ada masa lagi nak feeling2..hancusss.. !Aku sekarang tengah membina karier yang baru,hidup yang baru.Aku mahu berjaya,bahagia dan kaya(huhu..bila nak kaya ni..).Semua yang down aku upkan,yang suram aku terangkan,yang dingin aku panaskan (Tak sampai mendidih k..)..yang berhati mati dah hati berbunga.. penangan aura aku hahaha...memang aku gelak tapi sebenarnya aku gelak bahagia..bahagia kerana aku dapat bahgia kan orang lain yg selama ini 'layu cam sayur kene celur..' Aku sendiri pun layu gakkk..tapikan ada sebab aku dah tak mahu layuuu..nanti ada masa kita cerita lain,k!
Pada 'si mawar merah' yang ngaku nak jadi 'zombie kg pisang'(kelakar dia ni..)sms awak saya dah baca (salah seorg spesis yg suka anta sms lewat malam dan reti2 nak jwb talipon..) tunggu saya balas nanti.Apapun awak memang suke mainkan perasaan orang cilok sana-sini..mungkin 'gadis melayu' je dapat memahami sahabat baiknya ini.Dia yang pernah di gelar 'ombak jahat' hahaha..!! Kelakar sungguh tak baik kata orang jahat sebab sebenarnya dia yang jahat haha...!!Ampunnnn...!Nanti ada masa kite berceloteh tentang cinta 3 musim..nak tau?Tunggguu...!!

Pada Mell yang anta sms nak jumpe..,maaf..ampun..im bizi u!Rasa nya Mell meluat gan alasan aku ni.Tapi aku tak tipu,aku pun tak reti ..masa kejar aku atau aku kejar masa..kira cam main kejar2 la..tapi aku masih ada masa untuk dicuri melayan sms org lain dan hanya orang yg bertuah aku tu je..menerima panggilan hangit dari aku..!Buat 'dia' yg makin ari makin bersuara merdu..haha..suara awak rock arrrr!!Tu yang buat aku nak kol nak dgar suara awak tu,awak tak marahkan?Awak sebenarnya dah boleh sama standar suara si Ella..apapun jaga kesihatan,k.Sayanggg..awak so awak kene sayang diri awak gak,k
otak aku jem..tak tahu nak tulis apa sebenarnya subuh2 nii..,mata lak taknak pejam..pusing kiri,pusing kanan..apa otak aku pikio ntah,sok banyak keje lagi nak buat..!adoiii!!!Inilah kehidupan..kan.Redahlah dengan yakin dan sabar.

Untuk semua Chaiyooooo!!! Gambette Kudasai...!!!!!


BeLL
~cinta itu menghidupkan jiwa bahagia tapi cinta jua yang pantas mematikan jiwa..~

No comments: