BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Benarlah rindu itu perit
benarlah juga rindu itu sepiyang membawa tangisan
bertemankan airmata...
benarlah rindu itu menghiris
benarlah juga rindu itu mengigit
membekam dihati membawa pilu
di kala berjauhan dengan dirimu..
benarlah juga rindu itu indah
memautkan hatimu dan hatiku
biar diduga waktu dan jarak pemisah
hatimu sentiasa ada padaku
hatiku sentiasa ada padamu
Benarlah rindu itu perlu diubati
dirawat dengan panggilan suaramu
disusuli kata2 indah membujuk
yakin menyatakan cinta masih setia
di redakan dengan pertemuan
entah bila kan bertemu
bersama rindu yang menanti
seperti katamu padaku
muga itu bukan pertemuan terakhir
dan pastinya kita akan bertemu lagi..
Insyaallah....
kerana aku sentiasa menanti
dengan penuh rindu yang hanya untukmu..
BeLL
HIDUP BIAR BERBAKTI WALAU TAK DIPUJI
BeLL
HIDUP BIAR BERBAKTI WALAU TAK DIPUJI





No comments:
Post a Comment