BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
"...KITA TIDAK PERLU TAKUT PADA KEGAGALAN,
TAPI YANG PERLU KITA TAKUTI ADALAH
APABILA KITA ADA RASA TAKUT MAHU MENCUBA...."
Sesiapapun tidak mahu gagal atau kecewa dalam setiap usaha yang di lakukan termasuk aku..dan termasuk seorang kawan aku ini.Aku kenalkan kawan aku ini sebagai L.Aku kenal L masa sama2 belajar tentang bisnes dulu.Apa yang agak istimewa yang aku nak cerita tentang L ialah tentang keyakinan dan kesungguhannya yang tinggi untuk mendapatkan sesuatu.
L pernah banyak kali gagal dalam bisnes dan apalagi dalam cinta.Cerita tentang L memang menyentuh hati namun banyak yang aku belajar dari dia.Dia datang dari keluarga yang agak berada tapi kerana cinta,dia dibuang dari keluarganya.Sedih ceritanya..kerana gadis yang yang ingin dinikahi nya bukan pilihan keluarga,L sanggup berkorban demi cinta.Di tinggalkan keluarga dan harta semata-mata kerana setianya cinta.Aku tabikkkk springgg..kat lelaki macam ini !!Namun biasalah hidup ini selalu diduga untuk menguji kesabaran..beberapa tahun kawin dugaan melanda rumahtangga..puncanya hanya kerana 'ekonomi meleset'.Bercinta bagai nak rak tapi akhirnya runtuh jua mahligai itu tapi sesuatu aku belajar dari L di sebalik semua ini.Kata L, "Bell,cinta aku setia,masih pada dia (x-wife),aku tak pernah padam rasa cinta dan rindu aku pada nya.Aku lepaskan dia pergi kerana aku sayangkan dia,dia berhak untuk merasa bahagia dan senang lenang,aku lepaskan dia seikhlas hati kerana itu yang dia mahu namun kau tahu Bell,bagaimana payah dan peritnya luka cinta ini..keluarga aku mula membalas dgn kata2 sindiran. Aku tak pernah peduli itu..tapi satu je aku pegang dan tekad 'Apapun yang aku buat,aku tahu Allah yang mengizinkannya..jahat ke baik ke aku..biar Tuhan yang tentukan bukan orang lain'.Rezeki itu datang dari Allah Bell,sdgkan burung2 yang terbang pagi pulang petang sudah di janjikan Allah rezeki dan takkan kebuluran apalagi kita manusia yang punya akal..".Hmm panjang gak kutbah mamat ni tapi ada kebenarannya..aku senang mendengarnya.Apalagi untuk terus menjadi pendengar setianya
L terus menyambung kisahnya pada aku," Aku sebenarnya seorang yang penakut untuk mencuba apa-apapun Bell,dalam bisness kena tipu..tapi aku tak salahkan org lain aku salahkan diriku tapi ini pelajaran buat aku..kegagalan ilmu yang takkan kita dapat dengan penuh erti kalau kita tak bersungguh..ditipu itu biasalah kalau tak hati-hati..dalam cinta apalah lagi.Tapi bila aku pikir2 semula kalau aku tak mencuba bagaimana aku nak tahu boleh buat atau tidak,aku cabar diri aku..nak cari modal bisnes dari mencuri baik aku cuba meminjam, Tuhan tahu aku takmau buat keje jahat dan aku cuba dengan muka tak malu meminjam dari kakak aku..alhamdulillah lepas satu ujian aku bila kakak aku mahu membantu.Masa tu aku syukur sangat2 kerana ketakutan aku untuk mendapatkan pinjaman itu tipis tapi yelah belum cube belum tahu.langkah aku yang kedua menggunakan modal yang ada sebaik yang mungkin..".
Sebelum ini aku terasa diri aku adalah malang diantara semua semua orang yg aku kenal namun bila aku dengar cerita L,rupenya ada yang lebih malang dari aku."Buat apa yang kau mahu Bell, jangan ada rasa takut kerana apapun dengan izin Allah.Pernah aku rindukan X wife aku..aku cuba telefon tapi mula aku takut nanti apa kata dia,muke tak malu..kenapa masih mencari dia..cam2 yg negatif aku fikir tapi bila aku guna semula akal aku yang waras..aku peduli apa dengan apa yg dia nak kata,yang penting hati aku..belum lagi melangkah aku dah berundur.Aku tekad kol dia...rupenya dia pun sentiasa berdoa muga ditemukan kembali jodoh kami semula.5 tahun aku sengsara..aku terima dia semula kerana aku belajar memaafkan dia dan org lain.Dari mula lagi aku kata..'bahagia aku hanya dengannya' dan akhirnya memang benar dan yakinnya aku dia adalah bahgiaku..".
Bahagia memang bahagia,tenang mendengar kisahnya tapi siapa tahu hatinya waktu duka dulu,bagaimana kuat dia iaitu L membina diri tanpa sesiapa disisi,tanpa ada sang inspirasi yg memberikan kekuatan.keberanian dan positif itu yang aku dapat dari cerita L.Segala-galanya dengan izin Tuhan,Dia yang mencipta segalanya,Dia yang berkuasa atas sesuatu yang di kehendaki.Ditemukan kita dengan seseorang dengan penuh jalan cerita masing2 dan itu semua ada rahmat di sebaliknya..aku akan mula berani mencari bahagia biarpun jalanku merana... seperti L.Kenapa mesti aku berundur,sedangkan bahagia itu sentiasa ada,untuk dipupuk, dibaja....?Kenapa aku mesti kejam pd diri sendiri dan orang yg menyayangi aku...Chaiyooo!!!
Pada kawan2 yang tersayang,mungkin cerita ini dapat memberi sedikit kekuatan bagi yang sedang 'down'.. Kenapa kita perlu takut sebelum mencuba..kenapa takut pada bayang2 sendiri.Untuk pengetahuan semua L adalah seorang mualaf dan dia bukanlah warganegara Malaysia waktu itu.Akulah kawan yang mula2 di hubungi sewaktu dia nak belajar tentang Islam dan mula2 masuk Islam.Tersalah orangkah dia.huhu...tak,dia senang dengan cara aku,aku ikhlas membantu hingga kini dan selamanya. Ikhlas kita memberi, ikhlas kita menerima nya..Insyaallah..!!!!
Dan aku takkan lupa kata2 L bila aku kata aku kagum dengan semangat yang ada dlm diri nya itu"Kita manusia adalah sama Bell,yang membezakan kita adalah kekuatan dan keyakinan diri ini,aku takkan menemui kebahgiaan ini kalau aku masih ada rasa takut pd hari yg aku ingin langkahi..be gud,be strong Bell..U give the best u can get the best..!"
BELL
HIDUP BIAR BERBAKTI WALAU TAK DIPUJI
No comments:
Post a Comment