BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
.JPG)
DIMANAKAN KUCARI GANTI,SERUPA DENGANMU..
TAK SANGGUP KUBERDUKA DAN BERHATI LARA DLM DERITA..
DIMANAKAN KUCARI GANTI,SERUPA DENGANMU..
TAK SANGGUP KUBERDUKA DAN BERHATI LARA DLM DERITA..
Lama sudah aku pendam semuanya dalam diri,tak terungkai segalanya namun siapa yang tahu kecuali Allah dan Dia juga Yang Maha Mengetahui ajal dan maut seseorang.Perginya dia dan mereka bagai baru semalam bersama.. biar berat hati menerima kenyataan sebegini namun nak tak nak itulah hakikat yang perlu aku dan keluarga aku hadapi, perlu di lalui,perlu dijalani hari-hari tanpa mereka yang di sayangi..pergi yang takkan kembali,pergi yang kekal takkan bersama kita lagi di dunia ini.Berpisah mati....
Jujur aku katakan hingga ke hari ini,bayangan arwah kakak masih bermain mataku.Tengok mami nampak macam arwah,tengok kakak aku yang sulung aku nampak arwah,tengok mak pun aku perasan itu arwah..Demi Tuhan!hebat ujian ini buat aku hinggakan seharian selepas arwah di kebumikan aku hanya berbaring di katil,tak mahu melihat orang lain,tak mahu melihat atau mendengar apa cerita sedara mara yang lain kerana yang aku lihat dan dengar hanyalah dia-arwah yang sebelum ini sentiasa bersama aku,kemana jua bersama selepas kematian arwah suaminya, Hj Mohd Nordin Md Nor.Aku masih ingat,semasa hayatnya masa belum lagi arwah suaminya @ abang ipar aku dikebumikan,di tanah perkuburan arwah kakak berkata pada aku,"jangan tinggalkan kak ye,duduk dengan kak disini ye.."maksudnya mahu aku tinggal dirumahnya bersama dia.Aku lantas menjawab.."Isk dun wori,takkan lah nak tinggalkan kak dalam keadaan mcm ini,selama ini pun sentiasa bersama.." .Ye selama ini aku,berulang alik ke hospital membantu arwah menjaga suaminya di hospital tak kira samada di Hospital Ipoh,Ampang dan Serdang.Biar pun terpaksa memandu dan berulang alik lebih dari 150km sehari,aku tak kisah.Sebelum ini pun kehidupan aku di Hospital dari tahun 2003,2006,2007 hinggalah 2008 ini.Hospital menjadi rumah kedua aku.Apa yang kuberi seikhlas hati..biar ada masa terpaksa bermalam di Hospital pun aku tak kisah yang penting selagi khidmat aku di perlukan selagi aku ada daya dan kekuatan aku berikan khidmat itu seikhlas hati.Hingga ke akhir hayat nya di depan aku.Benar,aku meraung bila dia pergi tinggalkan aku,..aku tahu itu tak baik tapi..perasaan aku sape yg tahu..insan yang hari2 akan menelefon aku andai aku tak bersamanya,dia yang selalu berpesan pada aku,jaga makan minum,jangan tak makan nanti pengsan,dan kini semua itu tinggal kenangan.Dia yang begitu suka bila aku memicitnya,mengurut kaki dan tubuhnya.sama juga dengan abang ipar aku,suka kalau aku urut kakinya..haha itu je aku mampu beri,'bakat semulajadi yg ada power..'(ye ke..?).
setia seorang isteri..diselimuti kasih anak2 dan menantu tercinta kekal selamanya..
Kini dua insan ini tiada lagi,inilah kenyataannya.Buat anak2 arwah Jija,Halimi,Fazlyn dan Firdaus.jangan kalah dengan dugaan ini.Sesungguhnya Allah lebih menyayangi mereka berdua,hanya Dia yang tahu dengan apa yang diduga,"Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu sedang itu baik bagi kamu,dan barangkali kamu menyukai sesuatu sedangkan itu tidak baik bagi kamu..sesungguhnya hanya Allah lebih Mengetahui "(Al baqarah ayat 216).Tabahkan hati dan sabar menempuh hidup ini.Segalanya di luar dugaan kita,kamu semua masih ada sedara mara yang menyayangi kamu,sebagaimana ibubapa kamu berbuat baik pada kami,begitu jua kami ingin membalasnya.Sama-sama kita doakan muga roh mereka dicucuri rahmat dan diletakkan dikalangan hamba2 yg beriman.Dua insan yang jarang berpisah,dua insan yang begitu baik dan prihatin dengan masalah keluarga,sedara mara dan teman2.Pasangan yg begitu di sayangi dan dihormati semua ahli keluarga..memang benar org2 baik2 ini di sayangi Allah dan akan cepat Allah memanggilnya.Subhanallah!
Buat pengetahuan semua,gambar2 yang disertakan disini adalah gambar arwah, kakak aku Allahyarhamah Hajah Noraini Shaari semasa hayat hidupnya menjaga arwah suaminya di Hospital Serdang.gambar yang di ambil pada 10hb April,2008 iaitu pada hari lahir arwah abang ipar aku ( sama Tarikh kematian arwah bapa aku yang ke 22 tahun).Arwah abang ipar aku meninggal empat hari selepas harijadinya yg ke 60 dan kemudian di susuli oleh arwah kakak pada 21hb Nov.2008.Dan disember 14,2008 ini cukup 2tahun kepergian Allahyarhamah kakak aku Hashimah Shaari kerana SLE.dan di ikuti 12hb januari 2009,kepergian arwah kakak Allahyarhamah Hajah Norihan Shaari yg ke 4tahun.Semuga Allah mencucuri rahmat buat kalian semua.Al Fatihah..
Andai kutahu..kapan tiba ajalku
ku akan memohon Tuhan tlg panjangkan umurku
andai kutahu.. kapan tiba masaku
ku akan memohon tuhan jgn kau ambil nyawaku
aku takut akan semua dosa2ku
aku takut dosa terus membayangiku....
~BeLL~
HIDUP BIAR BERBAKTI WALAU TAK DIPUJI
ku akan memohon Tuhan tlg panjangkan umurku
andai kutahu.. kapan tiba masaku
ku akan memohon tuhan jgn kau ambil nyawaku
aku takut akan semua dosa2ku
aku takut dosa terus membayangiku....
~BeLL~
HIDUP BIAR BERBAKTI WALAU TAK DIPUJI




1 comment:
....x mampu untuk saya ucapkan dengan kata2.. berat mata memandang berat lagi bahu memikul!! *sebak*
Post a Comment