Aku bukanlah perindumu
tapi aku sentiasa mengingatimu
biarpun dalam sendu dan lukamu
dalam tawa dan sinismu
Aku bukan lah yang terbaik
bagiku diriku hanya biasa saja
dirimu punya kecermerlangan
namamu dirimu ada pemujanya
kau bukan seperti aku...
biarpun kita berbeda tapi kita setia
meneruskan erti kehidupan
bergelar sahabat,teman atau apa jua..
Kau tahu mana kekuatanku
kau tahu mana kelemahanku
kau tahu apa yang ku mahu
kau mengerti siapa yang ku nanti
setiaku terus disini kerana aku adalah aku..
sahabatku..
Aku jua mahu kekuatan sepertimu
katamu semua ini ada dalam diri
..jernih kan hati bukakan minda
bertasbih pada Illahi kerana Dia Maha Mengerti
jangan di panjang cerita duka
hidup mesti tabah dan ada tawa..
Sabar itu kan membawa erti bahagia
Yakin dan percaya pada diri
itu yang perlu ada dihati diminda..
Terima kasih temanku M,
katamu aku fahami
nasihat mu ku ikuti
dengan penuh rasa penghargaan
seikhlas nya dari dalam hati..
Wednesday, December 24, 2008
Terima Kasih..Buat M.....
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
"..TUHAN MENGUJI KERANA TAHU KITA MAMPU MENGHADAPI NYA..
JANGAN TAKUT DI UJI KERANA DISITU LAH KEKUATANMU..SABAR!"
Kata-kata itu datang dari seorang sahabat buatku.Dikala aku hampir rebah,mencari diri sendiri,dikala aku mulai terasa sepi,disaat aku terasa amat rindu pada nya di sana..Terima kasih teman.Sokonganmu melegakan hati ini..Buat temanku M,ini puisi buatmu..
M, mampukah aku menjadi sepertimu..? Biarpun ceritamu penuh dengan luka biar tampak kehebatan mu yang terpapar di marata ceruk berita dengan senyum dan banggamu biarpun kau sering merendahkan dirimu dari aku.Kau memang hebat..kau tak pernah negatif tapi aku tahu ada saat2 nya kau menangis dan katamu padaku masihku ingat,"Bell, aku kan manusia biasa,ada perasaan yang aku sendiri cuba hindari tapi luka cinta tak mudah seperti yang kita dengar kalau tak melaluinya..Luka yang paling parah apabila cinta di khianati,bila cinta tak kesampaian,bila kita terpaksa berkorban untuk membahagiakan orang lain.Bell, Jangan sesekali lukakan hati dan perasaan orang lain,kalau cinta buktikan cinta,kalau tak mampu lepaskan ia...Ingat tu Bell,dan sebagai teman aku sesekali tidak mahu lihat kau terluka lagi..,Jangan sesekali permainkan perasaan orang Bell...!!"
Aduhhh...M, terasa nak terduduk aku mendengar kata2mu itu.Ya..aku pasti ingat katamu itu M,Sentiasa akan mengingatinya kerana ada benarnya kata2mu itu.Kau memang hebat sebagai kawan,teman,sahabat dan apapun jua statusnya padaku hahaha....memang kau boleh buat aku senyum dlm duka bila kau kata padaku.."Bell,tak cute la u ni...asyik2 sendu.Come On dunia belum berakhir, kejar dia..kejar dia camne dia kejar u..hahaha.." Hmmm bila aku balas pada M.."I rasa tak yah nak kejar2 dah sebab 'sidia' tu tak kemana-mana pun,cuma ada sedikit perubahan je.. bukan hati yang berubah tapi.......tutttttt(takleh nak cakap-rahsia negara)".
Ketawa panjang M dengar penjelasan aku.."U ni kan Bell,nampak keras tapi bila cakap hati gue pun boleh cair..jiwang abis kalau berpuisi..haha". M ketawakan aku..its ok,janji bahagia dan ada org yg memahami,melayan hati aku yang mcm nak gugur ni...aduhhhh!! sakitnya merindu pada org yang aku sayang ,Tuhan je yang tauuuu....awak cepatlah datang huhu..!!!!
BeLL
*M,ku tahu kau bukan lawan utkku..siapa dia kasihku aku lbh tahu....
HIDUP BIAR BERBAKTI BIAR TAK DIPUJI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment