
Bismillahirahmanirahim
Bila kupandang kedada langit yang kulihat kerlipan bintang yang bertaburan.
Ribuan bintang berkelipan mempersonakan hati yang tadi sunyi.
Ku cuba mencari bulan..dimana kah kau bulan?
Oh..rupanya malam ini bulan bersembunyi dibalik awan..
samar terangnya muncul dicelah awan hitam.
Tetiba sesuatu menarik perhatianku..disatu sudut ada satu bintang.
Bintang yang satu-satu ada disitu..
Tertarik aku pada kerlipannya kerana ia nya bersendiri.
Lalu tak berkelip mataku memandang kearah bintang yang satu itu.
Itukah bintangku?tertanya rasa hati..dan.....
detik itu datang rasa rindu dan sepi mula mula bertandang..
Tahukah kau bintang apa yang kurasa..?
Hiba rasa ini..aku keseorangan saat memandang kearah langit.
Bersama deru ombak laut dan suara alam yang berbisik..
Aku makin sepi bersama kenangan lama yang tiba-tiba datang..
Mana dia..?siapa dia..?Bila kan tiba..? persoalan yang berkocak dihati.
Terus ku merenung kedada langit pada bintang yang satu itu..
Aku jadi rindu padamu bintang...
Mahu saja aku melastik mu bintang..
Bukan untuk menyakitkan dirimu..
Tapi aku mahu kau tahu..
wahai bintangku yang satu..
Yang aku perlukan mu untuk ada disini.
Temani lah aku yang selalu sepi..
dan ingin sekali aku bisikkan kata dalam rangkulan rindu..
Biar beribu bintang dilangit namun kau tetap yang satu telah kupilih.
Dan aku mahu kau tahu..
Bila aku melastik kedada langit..
kesinilah kau menemani aku sepanjang malam.
Wahai kau bintang terima kasih..
kau tetap kurindu dan perlukan
walaupun kau jauh nun disana..
Bell.




No comments:
Post a Comment