Sunday, June 21, 2009

Bahagia untuk mu


Bismillahirahmanirahim


"Kehidupan sememangnya begini..Awak mesti selalu kuat dan jangan terlalu bertindak mengikut hati..".Itu kata yang dapat saya berikan pada awak.Saya faham biarpun ada kalanya saya terkejut dengan tindakan awak.Tak mengapa..teruskan hidup ini,yang penting awak mesti belajar dari kesilapan mahu belajar untuk memahami tentang hati orang lain juga.

Awak,jangan sesekali putus asa dalam hidup ini.Semua yang awak lalui dan tempuhi itu adalah dugaan samada dalam gembira atau duka.Saya mahukan awak yang gembira seperti dulu..yang tenang bila berbicara yang selalu ketawa bila bersama.Saya tak mahu menjadi teman awak semasa gembira saja.Biarpun saya bukan sehebat mana atau seperti yang awak mahukan terimalah saya seadanya dikesempatan yang ada pada peluang masa yang diberi Allah.

Apapun,bangunlah awak dari duka itu.Hiduplah dengan tabah dan ada kepastian dalam apa jua keputusan yang awak ingin lakukan.Saya ada untuk awak bila awak inginkan saya..Walaupun saya bukan 'Superman' tapi awak selalu kata saya adalah penyelamat awak..huhu...ye ke ni?hehe...

Semuga awak berjaya menempuhi kehidupan ini dengan pilihan yang awak sudah putuskan itu.Jangan ada sunyi lagi..jangan biarkan lagi sepi menemani awak.Berbahagialah awak selalu!Bahagia itu ada dalam diri kita.Bahgia itu memang untuk awak rasai dan miliki..

Bell.

No comments: