Monday, May 25, 2009

K a W a N......

Bismillahirahmanirahim

"Yang kuberi padamu kasih sepenuh hati dan yang mengerti kasih itu hanya aku sendiri..".


Apa ertinya kawan yang kekadang menjadi lawan?Kawan yang bagaimana kita mahu..? Kawan jenis apakah kita pada mereka..? Persoalan yang sering dipersoalkan didalam setiap perhubungan. Nama lagi kehidupan maka pelbagai ragam dan kehendak dan 'taste' yg kita ada. Apapun untuk siapa yang kita jumpa,kita kenal semuanya dengan izin Allah dan sememangnya kita mencari yang terbaik,kawan yang sanggup susah dan senang dengan kita tapi dimana semua itu..? siapa manusia itu...? Setiap 5 waktu solat aku tak pernah lupa berdoa pada Allah muga ditemukan aku dengan insan yg baik2,yang membawa aku jalan yang benar 'dunia yg dijejak,akhirat tak dilupa'Namun apapun aku terima seandainya tak kesampaian apa yg aku hajati,itu semua dugaan Allah!manusia ini sememangnya mempunyai ragam dan jenisnya.

Pokok pangkal dalam apa jua kita buat adalah jujur,ikhlas dan pegang pada nawaitu..!kenapa aku bebicara tentang ini..?Hmmm..pedih,sedih,luka,kesal..memang terasa dalam hati ini.Kawan yang bagaimana sebenarnya kita cari?yang selalu mengajak dan bermegah pada kita tntg disko, selalu berkaraoke,yang dengan megah dapat bercerita tentang sedap dan hebatnya dia menengguk arak? atau kita mahu kawan yang dapat menggingatkan kita tentang waktu solat,menegur kekurangan tingkah laku kita,mengajar kita tentang budi bahasa..?atau hati kita lebih meluat mendapat kawan yang sebegini....!!Tau,,aku pn bukannya baik sgt tapi aku tak nak ajar org jd jahat.Fuhhhhhhh..!!!

Untuk mendapat kawan yang sempurna jarang dijumpai bukannya takde tapi pada aku segala pokok dan pangkal juga akarnya adalah nawaitu.Nawaitu berkawan itu, segala yang kita lakukan,inginkan. Jangan kita sendiri menjadi kawan yang merosakkan kawan,kawan makan kawan atau menikam kawan dari belakang atau mengambil kesempatan diatas kebaikan dan kelebihan yg kita ada.Apapun yang kita buat biar ikhlas yang tidak akan diungkit dikemudian hari.Semuga Allah menjadi saksi dengan apa yg kita lafaz dan lakukan.

Benar,aku sendiri tak mungkin dapat menjadi kawan yang sempurna tapi aku cuba jujur berkata tapi hati semakin sakit,pedih dan sedih bila ada kawan yang tidak mempercayai atau lebih menekan kita utk bercakap dusta dari berkata yang benar.Kawan yang buat kita lebih stress!Tapi ada hikmah disebalik setiap 'insan ego' yang kita jumpa ini...Kita mesti mencari kekuatan diri kita sendiri,pegang nawaitu kita kerana Allah maha mengetahui.Kita boleh kawan dengan sesiapa jua kalau kita masih pegang pada kekuatan diri kita..yang penting tidak lupa diri!Sedar dimana kekurangan diri tak macam setengah orang tu..tak boleh ditegur lansung!Siapa lagi yang akan menegur dan membawa kita ke jalan yang lurus dan kebaikan kalau bukan kawan yang jujur berkata. Bila ada jenis kawan yang tak jujur dan berkata hal2 yang menyembunyikan kekurangan dan masalah diri nya,akhirnya kita sebagai kawan akan dapat tahu jugak. Semuanya akan Allah tunjukkan jua..ada jenis kawan yang terang-terangan menganiayai kawannya sendiri tapi buat diam dan bodoh,rasanya kalau ditanya hal seebenarnya empunya diri yg menganiayai kwan sndiri itu takkan mengaku malah akan lebih hebat perang saudara terjadi-itu biasa terjadi! Pulak tu kalau ada kredit lebih berpuluh SMS akan dihantar mengutuk kawan sendiri sampai puas hati,niatnya nak buat kita marah dan selalu kita akan stress tapi dari pengalaman diri aku sendiri SMS camni aku takkan layan 'yes pun tak no pun tak'.. diam cam batu bio pun kita mmg di kata hati batu..Sebenarnya kawan yang suka hantar SMS kutuk2 kita ni jenis orang yang cemburu,kita takleh lebih dari dia..huhuhu...kawankah ini?atau selayaknya jadi lawan? atau..kawan yang bagaimana pula ini..kalau nak kita fahami masalah dia tapi masalah kita tolak tepi..kita perlu berkorban untuk dia dan muga dia yang kononnya kawan kita tercapai impian dengan pengorbanan kita. Betul, berkorban itu tak salah tapi biar ikhlas dan ada hadnya. Jangan di paksa2!!!Berkorban yang ikhlas yang takkan diungkit2 lagi.

Akhirkata,apapun kita mesti menjadi kawan yg baik untuk org lain biarpun org lain itu kekadang tak nampak kebaikan perhubungan itu kerana kabaikan itu bukan utk dibalas tapi cukup dihargai dan ditanggung jawabkan walaupun dengan pertanyaan 'apakhabar?.. atau jaga diri'Dan kawan yang baik walaupun ada membuat salah jgn dikeji dia,kerana kenangkan lah yang suatu waktu dulu dia pernah membahagiakan kita dan membuat kita tersenyum.Kawan yang baik jangan hanya dipandang bila waktu dia ada wang ringgit dan harta saja..



BeLL.
Belajar Utk terus SaBaR...

No comments: