Friday, April 24, 2009

Bulan disebalik awan


Bismillahirahmanirahim

Mahu atau tidak Dia mesti pergi,janji mesti ditunaikan apalagi kalau itu melibatkan wang yang telah dikeluarkan dan masa yang telah diatur.Biarpun bebanan kerja begitu banyak namun hal itu terpaksa diketepi kan jua.Hari ini kakinya memijak bumi nusantara itu lagi tapi kali ini tidak di temani sesiapa dan tidak ada siapa menyambutnya di Airport.Pergi dengan tawakal selepas usaha dan doa yang sering dilontarkan.suara hatinya hanya Allah yang tahu. Sepanjang perjalanan doanya muga selamat,dipanjangkan umur dan dapat kembali kebumi Malaysia tanah tumpah darahnya ini.Namun hatinya tetap jua berdebar andai sebaliknya yang terjadi kerana kepergiannya bersama niat dan tujuannya kesitu tidak diketahui sesiapapun biarpun ahli keluarganya.

Jam di tangan menunjukkan jam 7 pagi waktu tempatan.Seperti di arahkan Dia mengambil teksi menuju kerumah Made yusof.Kedatangannya dinanti dengan senang hati oleh tuan rumah itu.
"Aduhh,,kelihatannya capek sekali nihh.." isteri Made Yusof bersuara menyambut Dia.
Dia hanya tersenyum sambil memberi salam dan menghulurkan tangan bersalaman sebagai membuka laku dan tertib dirumah orang.Tidak lupa dihulurkan buah tangan dari malaysia untuk suami dan isteri itu.

"Ini malam disini aja ya.." kata Made Yusof.

Dia bersuara, "kalau tidak menyusahkan dan treatment itu memerlukan masa saya disini boleh saja dan kalau boleh cepat2 di abiskan sebab saya mesti pulang cepat".

"Ya saya bisa memahami,kita kan udah seperti keluarga jangan malu2.bila2 aja kamu bisa kemari" Made bersuara dengan ramah.

Ya..keluarga ini begitu baik buat Dia.Syukur pada Tuhan yang menemukan orang2 yang baik baik buat ku kata hatinya bersuara.Alhamdulillah!Ini adalah kali kedua Dia ke bumi Jakarta ini.Tiga bulan lalu Dia menjalani rawatan secara tradisional disitu dan kali ini adalah untuk kali kedua.Kali pertama dulu Dia pengsan hampir 5jam tidak sedarkan diri didalam rawatan itu.Sedar2 badan seperti digigit binatang/serangga.. aduhhh!!!

"Kamu ini orang nya tabah tapi bisa juga rebah kalau tidak dirawati" kata Made.
"Pokok pangkalnya hati kamu,pikiran kamu mesti kuat ya..dalam rawatan kali kedua ini kamu mandi aja di kali(telaga),Ibu akan menemani kamu.Airnya benar2 dingin. Lantas kamu solat ya..solat sunat hajat.Kemudian sama-sama bapak kamu membaca al quran ya.."
Kata Made Yusof lembut sekali suara itu.Dia terasa seperti begitu disayangi oleh kedua orang tua ini.Mereka begitu baik sekali pada Dia.

Rawatan yang kali ini mandi di telaga..airnya macam ais,terasa cam kat khutub utara, dah lah Dia memang tak tahan sejuk.Tapi demi semangat dan matlamat yang dipegang segalanya dituruti.Sehingga malam menjelma hati Dia terasa tenang biarpun ada yang difikirkan difikiran.Rindu tetap ada pada yang insan disayangi biarpun hati kekadang tidak mahu memikirkan tentang orang yang dirindunya tapi tiap kali itu jua rasa itu datang..'mungkin insan itu jua mengingati aku sebagaimana aku yg sentiasa merindu kan nya..'kata suara hati Dia.Dugaan yang diberi Allah mengajar Dia erti tabah dan sabar.satu-satu orang yang tahu Dia ke Jakarta untuk rawatan hanya insan itu.Pada mulanya Dia tak mahu memberitahu sesiapa tapi hatinya tak mahu berbohong pada insan kesayangannya itu.'Biar insan itu tahu kalau aku tidak menghubunginya lagi, bererti ada sesuatu menimpa aku dan bukannya aku sengaja melupakan nya.'suara hati Dia berbisik lagi.

"aduh asyik sekali lamunan kamu..memangnya kagen sama buah hati.." Ibu Suryati isteri Made menegurnya.Dia tersenyum.
"Indahkan malam ini ?Cuaca yang begitu baik,Bapak sengaja mahu kamu ada di laman ini.Muga kamu bisa tenang merenung diri.Coba kamu perhatikan bulan itu indah.." Made Yusof pula bersuara.
"bulan di langit indah namun sesekali ditutupi awan,begitu juga hidup kita tidak selalunya terang sesekali suram seperti bulan yang dilitupi awan tapi itu hanya sementara.." Made seperti bermadah tapi betul kata Made itu.

"Malam ini kita akan menjamu selera di laman ini" kata ibu suryati.
Wah...di laman rumah Made yang besar ini,separuh dari padang bola namun landskap nya begitu cantik..natural.memang ada ciri2 nusantara yang asli disini.Dikelilingi pohon kelapa dan buah2an yang lain juga pokok herba di sekeliling.

"Udah makan nanti kamu terus istirehat disini aja ya sampai jam 11malam..kamu bisa beristirehat di kerusi itu,rehatkan pikiranmu untuk treatment yang seterusnya..sambil itu kamu perlu perlu banyak2 beristigafar" Kata Made lagi.

Lepas makan,Dia beristirehat diluar,di laman rumah itu.Mata Dia memandang ke langit, bulan dilindungi awan..samar2 cahayanya yang didapati dari matahari menyerlah.Bulan, matahari dan angin itulah istilah hidup dalam rindu yang menemani yang mungkin memahami. 'Oh angin sampaikan laguku padanya yang sering pilu..'salah satu bait lagu yang Dia suka.Dia masih dilaman itu melayani fikirannya dan waktu sebegitu dia merenung semula dirinya,kehidupannya.."aku perlu terus hidup untuk diriku,impian ku dan semangatku.."tekad hati Dia berkata dan kata serta matlamat itu tidak pernah berubah dari Dia.Biarpun ada satu waktu Dia terasa seperti tidak mahu hidup lagi bila cinta nya diduga waktu namun syukur semua dugaan itu dapat di tempuhi Dia dengan sabar dan tabah.

Dia tak dapat menjelaskan dengan terperinci kenapa dan bagaimana rawatan yang di jalani disini.Biarlah itu jadi rahsia dirinya dan sememangnya ada antara syarat2 yang perlu dipatuhi.Dia terlena terus di laman itu..sedar2 Dia dibangun pukul 3pagi untuk solat sunat tahajud bersama Ibu dan Bapak Made.Selepas itu Dia sudah lupa segala nya..sedar2 Dia terjaga masih dalam pakaian sembahyang tapi kedudukannya sudah berubah.

"Insyaallah kamu pasti akan sembuh." kata Ibu Suryati.
"Ya Bapak tahu kamu kuat utuk segalanya,jangan lupa Allah.."Itu pesan akhir Made pada dia sebelum meninggalkan pasangan suami isteri yang baik dan berhati mulia itu.

Sekarang Dia berada ditanahair,Perjuangan dan kehidupan perlu diteruskan.Hidup dan mati itu hak Allah yang memberi, kita sebagai hambanya menerima apa juga dugaan dengan redha dan yang penting berusaha,berdoa dan tawakal disamping bersabar dengan ragam kehidupan ini.Biarpun kekadang airmata adalah teman tapi airmata itu juga yg memberi erti kegembiraan bila Dia berjaya untuk terus berjuang demi sehela nafas ini.

Dan sesampainya ditanah kelahiran ini,persoalan datang lagi..ditubuh Dia masih ada seperti gigitan serangga atau mungkin seperti digigit lintah.Aduhhh...!!
"Ya,udah jangan ditanya lagi yang pasti kamu sihat.." itu kata Bapak Made Yusof bila Dia mengutarakan persoalan itu.

"Kamu pastinya kemari lagi untuk rawatan yang terakhir,Insyaallah.." Itu pesan Made.

Apapun Dia bersyukur kerana dengan izin Nya,Dia dapat meneruskan kehidupannya disini Biarpun keletihan dengan jarak perjalanan dan rawatan yang di lalui namun hari ini Dia menghadirkan diri di pejabat.Senyuman dari staff yang menyambutnya memberikan semangat untuk terus berjuang dlm hidup ini dan juga dlm tak disangka menerima sms dari seseorang yang tak pernah dilupai, bertanya khabar tentang Dia,alhamdulillah dan sememang semua itu dengan izin Allah jua.. 'Terima kasih awak' itu yg dapat dibisikkan hati Dia untuk yg tersayang.

Siapakah Dia?Kenapa dengan Dia..?Apa yang menggigit tubuh Dia?..
Dia bagai bulan yang berselindung di sebalik awan.Merahsiakan tentang dirinya bagaikan satu misteri pada insan2 terdekat dengannya.Persoalan nya banyak yang belum terungkai...kenapa Dia begitu?.Dia akan terus sabar dan tabah mengharaung hidup ini selagi ada nafas ini,itu tekad Dia.

Apapun syukur pada Tuhan kerana Dia masih dipanjangkan umur!


Salam ikhlas
BeLL





No comments: