
Suatu masa nanti
Tempat ini akan aku tinggalkan
Segala kenangan akan tetap bersamanya
Saat aku riang ketawa
juga ketika aku terduduk lelah…
Tempat ini akan aku rindu selalu
Langit dan bintang serta deruan ombak
Yang telah menghiasi segenap hariku
Akan terus bermelodi dalam hati…
Tempat ini menjadi saksi
Agungnya cinta itu
Menjadi satu yang terindah
Tak akan terpadam walau badai melanda
Masa itu telah tiba
Aku tinggalkan segala yang ada di sini
Biar berat melepaskan semua
Perjalananku masih jauh…
Aku tinggalkan langit, bintang juga ombak itu
Yang ada hanya sisa melodinya
Yang tetap bermain dalam hati
Walau sudah jauh aku pergi…
Cinta itu tidak bersamaku
Di sana aku tinggalkannya
Kerana tempat cinta itu bukan denganku
Walau tlah aku cuba sedayaku….
Tempat ini akan aku tinggalkan
Segala kenangan akan tetap bersamanya
Saat aku riang ketawa
juga ketika aku terduduk lelah…
Tempat ini akan aku rindu selalu
Langit dan bintang serta deruan ombak
Yang telah menghiasi segenap hariku
Akan terus bermelodi dalam hati…
Tempat ini menjadi saksi
Agungnya cinta itu
Menjadi satu yang terindah
Tak akan terpadam walau badai melanda
Masa itu telah tiba
Aku tinggalkan segala yang ada di sini
Biar berat melepaskan semua
Perjalananku masih jauh…
Aku tinggalkan langit, bintang juga ombak itu
Yang ada hanya sisa melodinya
Yang tetap bermain dalam hati
Walau sudah jauh aku pergi…
Cinta itu tidak bersamaku
Di sana aku tinggalkannya
Kerana tempat cinta itu bukan denganku
Walau tlah aku cuba sedayaku….
::saat aku tinggalkan bumi brisbane::
::mell, 2008::




1 comment:
Mell...,I suke sgt..sangat2 suke...
puisi u ni..!
Ikhlas dari Bell.
Post a Comment