apakah aku yang salah
dalam menafsir lenggok sasteramu?apakah benar apa yang aku fahami
dari bahasamu, perasaan itu hadir?
apakah aku yang tidak mengerti
bait- bait itu punya istilah tersendiri
yang mahu kau alunkan
agar perasaanmu dapat kubaca?
jika benar suara kecilku
dan jika benar sangsiku
katakan sahaja, biar nyata
agar aku dapat memahaminya...
Egomu tiada untung
menyimpan rahsia hati sendiri
biar aku tahu erti puisi itu
agar sangsiku hilang...
ceritakan sahaja semuanya
biar tiada lagi tanda tanya
dan biar kita lebih akrab
tiada rahsia antara kita.....
*pabila hati ini sangsi dengan kata puitismu itu*
-mell, KL-




No comments:
Post a Comment