Bismillahirahmanirahim
Daku kini menangis~dikau kini telah pergi~memberi seribu duka
Lalu aku kehilangan dikau~selamanya takkan kulihat~hadirmu seperti dulu..
dan kehilangan.....
daku tulus bercinta~ucap terima kasih~segala pengorbanan cinta
lalu aku kehilangan dikau selamanya takkan kulihat hadirmu seperti dulu
dah kehilangan......
Hari itu bila aku pulang dari kerja,aku lihat dia menangis..menangis tika solatnya.Aku diam terus mandi namun kepala otak masih tertanya2 dan memikirkan apa yg buat dia menangis.Selesai mandi aku terus baring dikatil sambil membaca akhbar.Dia masih dalam solat dan sedang berdoa dengan kusyuknya.Alhamdulillah!
"Hai..Assalamualaikum.."dia tegur aku dengan suara perlahannya sambil membuka telekung.
"Hai,Waalaikumsalam.Uok ke?"aku tegur dia semula.
Dia terus duduk dibucu katil tepi aku,dengan kulitnya yang putih,jelas di wajahnya yang dia menangis,hidungnya merah dan apalagi matanya yang tak dapat menyembunyikan segalanya dari aku atau sesiapa yang melihat.She look red!! huhu....
"I dah putus dengan dia.." dia bersuara perlahan dalam sebak.
"Ohhh..mmm u relaxs ok,tenangkan hati.." aku sebenarnya dah duga ini pasti krisis gan BF tapi tak sangka lak ini boleh terjadi sampai ada keputusan memutuskan hubungan.Apalagi aku nak kata kalau tak kata camtu.
"I tak sangka dia camtu,I nampak sendiri dia dengan E berpegang tangan depan i...." dia mula membuka cerita.Aku faham dia meluahkan perasaan dukanya pada aku dan dia pun tahu aku ni memang boleh menjadi pendengar tak bertauliah utk dia..hehe itu pasti...!!
"Depan semua orang I maki dia tadi..padan muka dia..!!"Dia bersuara lagi.
"Biar betul u nii..adoiii relaxs la.., u wat camtu lagi la tak selesai masalah.." aku cuba memujuk nak bg dia cool.
"Abis u nak I wat ape?diam je..?!!biar dia buat lagi..biar dia tipu I lagi..!!Kan Tuhan dh tunjuk tu..,selama ni I tanya tak ngaku..!yang si E tu dah tau dia tu kawan aku masih nak gak mengatal..cam takde jantan lain.."dia bersuara cam membebel lak kat aku.
Kali ini aku diam,biar dia bersuara luah segala apa yang ada dihati,kang aku cakap aku kene semula,adoiiii...!!Aku kesian pada dia,kerja terbang sana sini..jarang ada dirumah.Aku jumpa diapun kadang kala,masing2 sibuk kadang2 sedar-sedar je ada orang tidur sebelah aku.Yelah aku ni tidur mati..mana tak mati terpaksa telan ubat tidur, kalau tak otak duk ligat pikir yang bukan2.
"U dah makan..?" aku tanya dia.
"Belum,takde selera.."dia jawab perlahan.
'jangan camtu kesihatan kenalah jaga..I mula nak ceramah ni.."saja aku kata gitu taknak suasana serius sangat.
"Ala sendiri pun tak makan nak suh orang makan..,teruk la u ni.."dia jawab.Aku kene balik.
haha..now she back to normal!
"Kenape ye lelaki macam tu..?Tak boleh setia..?"dia bertanya pada aku.
Hmmm..otak dia masih pikir hal tu lagi.."Entahlah ELle..,bukan u sowang je frust ramai lagi yang frust, yang penting kuatkan hati,jangan down k? I faham dan boleh rasa lukanya hati kerana cinta..sangat faham,sangat simpati..I know u need frens"Aku harap dia boleh cool gan apa yang aku kata.
"I berkorban apa saja pada dia,tapi ini yang I dapat..dia main2kan I,I ni..merindu kan dia siang malam,Orang mesti pikir hepi jadi cam I,terbang sana-sini tapi hati I ni sape yang faham..nak harapkan dia..memang dia tak faham,kalau dia faham dia takkan buat I atau tinggalkan I camni.."Dia meluahkan rasa dihati.
"Inilah hidup..ada hikmah disebalik semua yang terjadi..yang penting tenangkan hati bila hati dah tenang baru buat keputusan.."Aku cuba menasihati dia.
"Dia yang nak tinggalkan I,dia yang buang I dari hidup dia,dia yang memilih pompuan tu.."ELle meluahkan rasa."Memang payah nak I buang dia dari hati ini sebab kami dah lama kawan,dah sayang,dah cinta..dan dia janji nak kawin dengan I...I sungguh berharap U.."Dia mula sebak bersuara.
"Dah tu...U jangan camni k,Ingat Tuhan banyak2,baca quran tenangkan hati,k..Terimalah hakikat ini,Tuhan akan memberi yang lebih baik dari dia pada U,Insyaallah!"pujuk aku.
"Jangan difikirkan sangat tentang rasa kehilangan ini..jangan biar jiwa u kosong nanti sepi kan bertamu dan bila sepi mula hati tak tenteram mencari diri.."Aku mula buka kuliah haha...tapi betul pe apa aku kata..huhu..
"ELle,U tau kan I down hingga badan pun dah kurus begini..U tau kan I kembali dengan dunia baru,rasa baru..semangat yang baru.nampak mudahkan? tapi semua itu ada dlm diri kita keluarkan dan selongkar kehebatan diri kita,jangan biar diri kita lemah,fikiran kita buntu..Kita masih ada Tuhan,masih ada waktu untuk berusaha menjadi yg terbaik,berdoa dan selebihnya tawakal pada Allah..Apapun yg terjadi dengan Izin Nya jua.."panjang syrahan aku ni.
"Yelah..U memang kuat.Improud of U,ada kawan cam U..Thanks dear!"kata dia.
"dah la tu..sok I kene gi SA.U nak ikut tak..?" aku ajak dia muga dia leh lupa gan halnya tu.
"U nak gi SPA? Kawan I baru buka SPA..gud services..nak tak?relaxskan diri u...otak u tu.."aku bg cadangan.
"Boleh gak..."dia bersetuju.
Cerita ni kat sini je..kalau cerita ada banyak lagi berpuluh episod.Yang penting disini kita perlu tahu bahawa dalam hdiup ini bukan kita je frust,bukan kita sorang je frusttt..tu..ramai lagi orang yang terluka dan diluka apapun semuanya perlukan kekuatan hati..Dan pada aku tak pelik kalau ada yang mahu membunuh diri kerana luka cinta..memang aku tahu itu tak bagus dan berdoasa pada kita orang Islam tapi kecewa cinta memang sangat perit terutama bila di khianati.Jangan mainkan persaan orang yang kita sayangi dan terimalah kenyataan andai cinta kita tak diterima.
Buat ELle,be strong beb..!jangan menangis lagi.. walau aku tahu bagaimana hari2 yang kau titi ini sepi tanpa cintanya tapi redhalah dan izinkan dia pergi kerana dia bukan yang terbaik buatmu.Dan jangan berdoa untuk dia kembali padamu andai dia masih mencari salah dan silapmu.
Dan 3 hari yang lalu bila aku pulang kerumah ada nota dimeja tulisku,
Bell,thanks ya..U memberi I jalan utk kuar dari resah dan kemelut ini.thanks so much dear!
From ELle
~.~ Im flying to Amsterdam tonite ~.~
thanks ELle!!
Bell





No comments:
Post a Comment