Bagaimana kepercayaan itu datang? Itulah persoalannya.Semua orang akan yakin dan percaya pada perkara yang baik-baik walaupun ada sesuatu yang negatif perlu diingatkan.Semua orang akan senang dan selesa dengan kata-kata seseorang,yang membawa kebaikan,kesenangan atau keselesaan di diri mereka.Dan kepercayaan itulah membawa keyakinan dan set di pemikiran mereka utk bertindak balas dgn baik.Bila semuanya diset/diletakkan dipemikiran itu bukan lagi emosi.Percaya dan yakin itulah yang membawa setiap orang kearah kebaikan seperti dibayangkan oleh oleh seseorang tadi.contohnya A katakan tadi pada C..'Tahun ini percintaan awak berjalan lancar,rezeki awak murah tapi.........................' kata-kata yang positif ini membuat C percaya dan selesa dan menunjukkan sikap untuk menerimanya dengan yakin.Dan tak salah untuk dia mempercayainya sebab itu adalah sesuatu yg baik untuk dia..Dan inilah yang dikata..'KITA ADALAH SEPERTI YG KITA FIKIRKAN..' percaya atau tidak kata-kata saya ini?Ya...kata-kata saya ini benar,pergilah tanya pada pakar motivasi.Apa yang kita set/programkan di minda kita itulah diri kita.Pernah dengar orang berkata "saya kalau nombor memang tak boleh ingat,no telefon sendiri pun saya tak ingat..".Sebenarnya bukan dia tak boleh ingat tapi..'Dia sendiri tak mau ingat' dia tak menggunakan otak/mind power yang diberi dengan baik untuk digunakan.Cuba hari ini kita test diri kita..."Mulai esok saya akan senyum pada semua orang walaupun orang yang marah pada saya..' Percayalah dan yakinkan diri kita mampu lakukan itu esok !!Pasti sesuatu yg positif akan terjadi.Dan mulai hari itu kita akan mulai murah dengan senyum dan takkan akan peduli orang kata 'kite gile..'sebab tersenyum seorang diri hahaha... yang penting kite hepi dan ikhlas gn apa yg kita buat...!
Wednesday, February 11, 2009
Manage YouRSelF..YouR MiNd...
Bismillahirahmanirahim
"Percaya atau tidak kalau saya katakan, awak adalah orang yang bertuah kerana awak mempunyai kening yg cantik dan selalu periang..?" kata A pada B .
"Oh ye ke..?" soal B dlm keadaan teruja .
A diam merenung B.Tiba-tiba B berkata..,"saya percaya..."katanya dengan bersungguh.
Hmmmmm... "Sekejap..." kata A.
A mula test kawan disebelah kanan iaitu C pulak," Tahun ini percintaan awak berjalan lancar,rezeki awak murah tapi awak tak boleh tamak..dan awak mesti berhati-hati dalam menguruskan kewangan".
"Menarik..tapi camne awak tau?"soal C juga teruja.
"Tengok awak je saya dah tahu.." pendek je A jawab dan dengan yakin(Haha cam tokmoh lakk..).
"Boleh percaya ke..?"soal B lagi.
"Saya tak suruh awak mesti percaya tapi kalau awak rasa itu betul terpulang.."jawab A.
"Hmmm saya percaya dan ingat itu.."jawab C gan serius.
"Saya tak suruh atau menghasut awak suruh percaya atau tidak,semuanya datang dari hati dan pemikiran awak berdua,betul atau tidak..?"Soal A pada mereka dgn serius.
"Ye ye.."dua-dua orang ini bersetuju."
"Saya tak pernah kata,awak mesti percaya apa yang saya katakan,takde kan..?"soal A lagi.
B dan C Dua-dua mengangguk-anggukkan kepala.Tapi dahi cam berkerut 28 haha..
(Ini hanya contoh tp hakikatnya ada org brkebolehan membaca kehidupan seseorang melalui tarikh lahir atau wajah atau lain2 cara trsendiri)
Bagaimana pula kalau hari ini kita kena maki dengan seseorang atau berkrisis hal2 yg remeh temeh denga pasangan kita.Pasti dia akan mengeluarkan kata2 yang melukakan hati kita..dan kita akan bersedih dan sedih itulah brsifat negatif,Benda2 negatif memang mudah masuk ke diri kita dari hal2 yg positif.Kita akan menangis ,hati terluka dan kita takkan lupa kata2 yg negatif yg kuar dari mulut pasangan kita.Kenapa kita tak boleh lupa?,kenapa kita tak boleh maafkan dia?Kadang2 hingga naik menyampah atau berdendam..itu semua timbul sebab kita sudah bersikap negatif,menerima secara negatif...Jalan penyelesaiannya...SABAR dan TENANG.Jangan biarkan emosi berlarutan membakar diri dgn kemarahan..gunakan pemikiran..hmmm kadang2 jalannya mudah je.."Hmmm lantak kaulah bebel lak sorang2,aku nak tidur" dan cara yg lebih betul bila brhadapan dgn sesorang yg dlm keadaan umpama hilang akal itu..kita diam je! habis citer dah penat diamlah dia..huhu..boleh pakai apa saya kata ni?coba lah...Relaxs!Kalau taknak perang berpanjangan 'buat bodo je..' huhu.....Apapun api jangan di lawan dgn api atau disimbah lg minyak.
'Bila kita berubah sikap,kehidupan kitapun akan turut berubah'Ini adalah pasti!!!
kalau kita berubah dengan pemikiran yg positif makan positiflah kehidupan kita,Banyak kebaikan yang akan berlaku.Kalau yg bekerja serlahkan semangat dgn mood yg baik..jadi mulakan lah dengan langkah pemikiran yg positif.
Cubalah,Belajarlah menggunakan pemikiran kita,Semua itu datang dari;
Tindak balas kita ke -> perasaan kita -> kepada sikap kita-> Kepercayaan kita ->pemikiran (yg kita setkan).
Kita perlu sedar bila kita bergaul dengan orang2 yg pemikiran yg positif kita akan turun positif dan dpt lihat kemajuan kehidupan kita.Hidup ini indah dan seronok sebenarnya kalau kita tahu menghargai setiap saat yang tiba,tidakkah anda semua rasa begitu?sebagaimana yg saya rasa sekarang.Kita yang manage pemikiran kita bukan sesiapa,walaupun sebenarnya kehidupan kita ini banyak di desak dengan kata2 dan kemahuan org lain.Orang yang terdekat dengan kita banyak mempengaruhi hidup kita, contohnya; ibubapa kita,kawan2 kita atau pasangan kita walaupun topik di radio yg kita dengar setiap pagi.Walaupun Kadang2 mereka ini tak berjaya mempengaruhi kita sepenuhnya tapi mereka tak pernah GAGAL!mereka sering berjaya menundukkan kita dengan arahan mereka.Setuju tak kata saya? kerana apa..?kerana atas dasar hormat,tak mahu melukakan hati seseorang..tak mahu cari pasal?Tapi pernah kah kita tanya diri kita 'adakah kita berpuashati? 'Hormat itu penting tapi adakah arahan yg kita turuti itu betul? Siapakah mangsa nya..DIRI KITA SENDIRI!!Tapi tak salah mengikut perkara yang betul dan anda positif menerimanya..jangan lakukan apa2 dengan terpaksa..anda yg akan jd mangsa dan menanggung akibatnya mungkin bukan sekarang,esok atau lusa atau minggu depan tapi setahun,dua tahun atau 5tahun akan datang.Betul ke nii...?Fikirkanlah!!Dan renung2kan lah.!!
HIDUP memang ada dugaan yang mesti kita lalui/tempuhi,kekadang ia datang dari orang lain kepada kita.Senang kata 'orang cari pasal dengan kita'sedangkan kita elakkan pertengkaran atau pertelingkahan terjadi.Disini lah kesabaran kita diuji. Jawapan yang senang saya kata kan 'teruskan bersabar..'bagaimana nak sabar?Tenangkan diri..bagaimana nak tenang?Ingat Tuhan,berzikir,baca quran,meditasi,baca buku2 agama atau motivasi..banyak cara yg kita boleh pilih sebenarnya.Tapi mampukah kita lakukan ini...? Jawapannya 'YA'..Kita boleh,,saya boleh,anda boleh,semua orang boleh!!!!Penting sekali kita mesti selalu positif,buangkan sifat2 negatif dr dalam diri kita,jangan serabutkan fikiran..jangan biarkan benda negatif atau kata negatif masuk kedlm minda kita..!!Cubalah kawal diri kita untuk menggunakan pemikiran kita yg betul.
All the best untuk semua,selalu positifkan diri dan pemikiran kita.
Nak belajar lagi....?hmmm nanti saya buka kelas 'DiNG DoNG YouR Mind.. ' huhu...
Kalau ada yg ingin komen dengan pendapat saya silakan,dialu-alukan sebab saya pun ingin belajar bagaimana org lain menguruskan kehidupannya samada saya boleh terima dengan positif,alhamdulillah.. tapi kalau negatif saya akan jdkan cabaran!dan pastinya itu Ilmu baru utk saya.
BE HEPI YA!ALWAYS POSITIF~Selongkarkan kehebatan diri anda dan kuarkan kekuatan aura anda!
Thanks to 'hati2' ~ Datang menziarahi org2 yg sakit disini.Jaga hati tu jgn bg sakitlagi haha....
To My NDS ~ Selamat memulakan tugas baru,dgn semangat baru dan sentiasa bajai pemikiran positif di minda,sabar dan tenang selalu bila berhadapan dgn masalah .I believe u will be success dlm karier.Buktikan!
MeLL-Thanks for everythings n sori 4 everythg.
Untuk semua All de best!
Ikhlas dari BeLL
yg terbaik ada dlm diri kita maka tugas kita utk membuktikannya pd org lain..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment