Wednesday, October 28, 2009

pesan Mak

Mak pernah berpesan padaku, suatu ketika dulu. Ketika aku bercerita tentang si dia kepada Mak. Mak sangat memahami, kerana itu Mak menjadi kawan baikku, saat aku terbang tinggi mahupun saat aku terduduk lelah. Mak yang tahu segala-galanya tentang aku. Mak tahu luar dan dalam diriku, dan Mak juga tahu kalau aku berbohong, tak cakap benda yang betul. Mak marah kalau aku sembunyikan sesuatu dari Mak. Mak marah sangat kalau Mak dapat tahu dari mulut orang lain. Mak pernah cakap, baik buruk anak Mak, biar Mak yang tahu dulu, jangan orang lain yang bagitahu Mak. sebab tu jugak la, Mak jadi tempat aku mengadu semua tentang aku dan si dia.

Mak berpesan padaku...
"kalau nak berkawan, cari yang pernah hidup susah, yang tahu asal usul diri dia"
Hmmmm, time tu sedikit pun aku tak terasa sebab Mak dan aku berbicara secara santai..bergelak ketawa bila ada yang mencuit hati. sebab itu, aku tak terasa bila Mak menasihatiku seperti itu. aku faham maksud Mak..kalau boleh Mak nak aku fikir betul2 sebelum aku memilih si dia untuk menjadi bakal pembimbingku, menggantikan Mak dan Abah..

"dia bukan macam yang Mak fikirkan..."
Aku bersuara, cuba untuk tidak membuatkan Mak berfikir sejauh itu. aku faham maksud tersirat yang Mak mahu aku faham. aku tahu apa yang membuatkan Mak berkata sebegitu.

"Mak taknak nanti anak Mak jadi orang gaji duduk kat dapur je"
"Isk.....Mak ni ke situ pulak..."
Aku hanya berkata dalam hati, bimbang jika Mak tahu aku cuba mengomel..

"Mak tahu, dia yang kamu pilih. tapi dik, Mak taknak kamu tersalah pilih..."
Sayu pula suara Mak di hujung ayat tu.. aku yang selalu sensitif dan teremosi ni, sudah pasti tersentuh. memang benar kata Mak tu..dan aku tahu, Mak mana yang mahu anaknya berkahwin dengan orang yang salah..sebab tu, Mak menasihatiku seperti itu...

Sampai sekarang, kata2 dan nasihat Mak itu aku pegang. aku tanamkan dalam hati agar menjadi titik tolak dalam hubungan yang dibina ini. yang aku harapkan suatu hari nanti, pilihanku ini bukan pilihan yang salah.. dia bakal menjadi menantu Mak yang paling Mak sayang..Mak juga akan menjadi saksi yang si dia takkan biarkan anak Mak yang seorang ni jadi orang gaji je..

-mell ahmad-

1 comment:

-LyS- said...

*sobs* baca entry ni..huhu ;)