aku tak tahu apa yang ada dalam hatimu,
cuba untuk memahami,
namun tiada kekuatan untuk terus mencuba...
hatiku memberontak inginkan kepastian
apa yang ada di antara kita
cinta, kaseh, dan sayang
atau sebaliknya....
aku mencuba,
cuba memahami lagi rentak kasehmu terhadapku
cuba bertahan di atas paksi cinta kita
kerna hati ini teguh menyatakan cintamu..
dan aku tahu, sayangku tidak berbagi...
namun, ketabahanku tak setanding Asiyah
yang mampu bertahan walau apa terjadi...
aku tahu aku bersalah
salah meletakkan semua ini di bahumu
namun aku kesal
kesal kerana teguhnya prinsip itu
seperti cuba memprovokasi cintaku
lalu yang ada hanya airmata
yang menjadi temanku saban malam..
aku tahu, aku bukanlah yang terbaik
tidak mampu untuk membahagiakanmu
kerap aku yang melukakan hatimu
itu bukan niatku,
jauh sekali ingin melihatmu menangis
namun, aku ingin kau mengerti perasaanku tika ini...
maafkan aku sayang...
kerna tidak lagi mencuba untuk bertahan
dan biarkan cerita kita sebegini....
::ketika aku mahu kau tahu::
mell
namun tiada kekuatan untuk terus mencuba...
hatiku memberontak inginkan kepastian
apa yang ada di antara kita
cinta, kaseh, dan sayang
atau sebaliknya....
aku mencuba,
cuba memahami lagi rentak kasehmu terhadapku
cuba bertahan di atas paksi cinta kita
kerna hati ini teguh menyatakan cintamu..
dan aku tahu, sayangku tidak berbagi...
namun, ketabahanku tak setanding Asiyah
yang mampu bertahan walau apa terjadi...
aku tahu aku bersalah
salah meletakkan semua ini di bahumu
namun aku kesal
kesal kerana teguhnya prinsip itu
seperti cuba memprovokasi cintaku
lalu yang ada hanya airmata
yang menjadi temanku saban malam..
aku tahu, aku bukanlah yang terbaik
tidak mampu untuk membahagiakanmu
kerap aku yang melukakan hatimu
itu bukan niatku,
jauh sekali ingin melihatmu menangis
namun, aku ingin kau mengerti perasaanku tika ini...
maafkan aku sayang...
kerna tidak lagi mencuba untuk bertahan
dan biarkan cerita kita sebegini....
::ketika aku mahu kau tahu::
mell




No comments:
Post a Comment