Tuesday, August 11, 2009

Yang dikatakan RiNDu..


Bismillahirahmanirahim

"Benarlah rindu itu hanya satu perasaan.Jangan terus hanyut dengan mainan diri,yang pasti perlu kuat melaluinya,jangan biar hati dan emosi menguasai diri",Itu katanya padaku.

"Belajar pada erti rindu yang sebenar,berjauhan dalam jarak dan waktu,ditinggal terus tanpa dijejaki berpisah kerana mati..mana yang kau rasa lebih perit?",tanyanya padaku,

"Ini lah mainan hati,yang terkadang indah terasa di balik rindu,berbahasakan lapik kata indah dan lembut,berpegangkan janji nan manis,walau kadangkala luka menyimbah,
disitu kan ada rasa sunyi yang hiba dan pilu, jangan kau terus luka dik kerana itu.. Rindu itu sepi kekadang menyiksa rasa.. ",Katanya lagi.

"Rindu adalah rindu yang kekadang menguatkan kata,membangunkan diri untuk terus sedar
ada kala merebahkan diri bila tragedi meragut pergi sebuah rindu yang tak kembali.. disitu perlu ada kekuatan untuk mengharungidan teruskan hidup tanpa sendu..pegang rindu itu bersama doa yang terindah "nasihatnya padaku

'Dan Benarlah rindu hanya mainan perasaan yang menyiksakan dan membahagiakan Dan inilah kehidupan yang berteman RINDU,'kataku pada diriku dan pada kamu.

Bila rindu itu ada,hati mula rasa teringatkan senyum dan kata dan segala rasa kenangan mula kembali dan saat itu aku mesti Strong menghadapi sepi pada satu cerita rahsia disaat ku ditinggal mati bila disaat-saat begini aku begitu merindui pada mereka yang telah pergi meninggalkan aku sendiri, menemui Tuhan Yang Lebih Menyayangi;dikala ku rebah dalam sepi dan tiada yg mengerti..~BeLL

No comments: